Kelab Merseyside, Tranmere Rovers Tidak Mahu Man Utd Beri Alasan Padang Jika Kalah

Pengurus Tranmere Rovers, Micky Melton tidak mahu rakan sejawat di Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer memberikan alasan keadaan padang yang teruk jika kelab Liga Perdana Inggeris itu tewas.

Kedua-dua pasukan akan bertemu di pusingan keempat Piala FA pada malam ini.

Kelab Merseyside itu telah menampilkan beberapa perlawanan yang berjaya mencuri tumpuan ramai pada musim ini.

Antaranya ialah bangkit dari ketinggalan tiga gol untuk memaksa perlawanan ulangan menentang Watford.

Kelab League Two itu kemudiannya menang 2-1 pada perlawanan ulangan Khamis lalu.

Pengurus dari Scotland, Micky Melton berpendapat padang yang turut dikongsi bersama skuad wanita Liverpool sebagai gelanggang tuan rumah itu, tidak sewajarnya dijadikan alasan oleh Solskjaer jika United gagal menang.

“Ramai yang sering keliru dan menganggap mereka beraksi di padang lain. Kita beraksi di padang yang sama,” ujar beliau.

“Bagaimana jika keadaan berangin? Bagaimana jika permukaan berbatu? Pemain yang bagus boleh bermain dalam apa juga keadaan.

“Itulah perkara yang anda mahukan dari mereka [pemain].

“Mereka harus tahu apa yang perlu dijangka dan kemudian cuba untuk mendapatkan kemenangan.

Pemain yang bagus akan sentiasa mencari cara untuk bermain di atas apa permukaan padang pun.”

Pada masa yang sama Melton turut bersimpati dengan tekanan yang dilalui oleh pengurus dari Norwich itu selepas Manchester United tewas empat dari tujuh perlawanan yang dilalui sebelum ini.

“Sebagai pengurus pasukan bola sepak, saya tahu bagaimana sukarnya keadaan ini, tanpa mengira di [kelab] mana, dan apakah situasi yang dilalui.

“Kami [pengurus] mempunyai cabaran yang berbeza, dan ia adalah cabaran yang sukar untuk semua,” tambah beliau.

Pada masa yang sama, Ole Gunnar Solksjaer turut telah memberi amaran kepada barisan pemainnya untuk menggandakan fokus kepada perlawanan ini.

“Keadaan padang tidak baik, tetapi itulah keadaan padang yang perlu dilalui oleh kedua-dua pasukan,” kata Solskjaer.

“Pemain hanya perlu fokus dan bersedia. Terdapat bongol di serata padang. Kerana itu setiap pemain harus fokus untuk mengelakkan kecederaan dan lantunan bola.”

Manchester United sekali lahi akan turun beraksi tanpa beberapa pemain utama yang mengalami kecederaan.

Marcus Rashford menjadi pemain terkini yang akan berehat panjang bersama-sama Paul Pogba dan Scott McTominay.

Bagaimanapun Solskjaer boleh mengalu-alukan kepulangan Victor Lindelof dan Eric Bailly ke dalam skuadnya.

 

Kongsi artikel ini