Kelab Liga Singapura Diarah Tutup Operasi Syarikat Judi Sebagai Syarat Penswastaan

Kelab Liga Singapura diarahkan untuk menutup operasi semua syarikat judi yang dinaungi mereka sebelum hujung bulan ini sebagai syarat untuk penswastaan.

Pihak kelab dimaklumkan mengenai langkah tersebut pada 15 September lalu, tatkala Liga Perdana Singapura (SPL) kini beralih ke arah penswastaan sepenuhnya pada 2023.

Menurut laporan oleh The Strait Times, mulai musim hadapan SPL akan berada di bawah projek Unleash The Roar! (UTR) yang dilancarkan pada 2021 untuk memastikan Singapura melayakkan diri ke Piala Dunia 2034.

Operasi judi ‘jackpot’ adalah penapatan utama majori0ti kelab di Singapura sejak dua dekad lalu. Malah beberapa kelab menjadikan sumber pendapatan mereka daripada operasi tersebyt sejak 1996, pada ketika liga profesional mula ditubuhkan di negara itu.

Daripada lapan kelab yang bertanding di SPL pada hari ini, lima daripadanya bergantung sepenuhnya kepada operasi judi itu.

Kelab yang tidak bergantung kepada sumber hasil judi di Singapura pula adalah skuad Young Lions yang dinaungi oleh Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS), Tanjong Pagar United dan Lion City Sailors yang menjadi kelab swasta pertama di negara itu pada 2020.

Lion City Sailors adalah satu-satunya kelab di Liga Singapura yang telah diswastakan sepenuhnya pada hari ini.

Banyak kelab kecewa

Notis yang diberikan oleh badan penganjur Liga Singapura itu menyebabkan ramai pegawai  di dalam kelab yang memiliki syarikat judi kecewa. Ini kerana notis didakwa diberikan di dalam tempoh yang singkat.

Ini kerana kebanyakkan daripada kelab tersebut telah melabur sehingga jutaan ringgit untuk menaik taraf syarikat judi masing-masing – termasuk pengambilan pekerja baharu untuk memperluaskan operasi.

Ada di kalangan kelab turut baharu sahaja melanjutkan tempoh sewaan premis untuk operasi judi itu di mana dana kebanyakkan diambil daripada kelab.

Difahamkan, pihak kelab diarahkan untuk membayar sendiri kos perbelanjaan kelab untuk November dan Disember. Sekiranya pendapatan daripada hasil judi tidak mencukupi, maka bakinya akan ditampung oleh FAS.

Subsidi kelab Singapura ditingkatkan

Tanpa pendapatan daripada operasi judi sebagai syarat penswastaan mulai musim 2023, pihak jawatankuasa UTR turut merancang menaikkan subsidi atau geran tahunan kelab kepada 80% sehingga 100% daripada jumlah yang diterima kelab-kelab selama ini.

Penambahan dana itu akan diterima sekurang-kurangnya untuk tempoh lima tahun untuk membantu setiap kelab menapak sebagai kelab swasra sepenuhnya sebelum mampu untuk berdiri sendiri.

Larangan menjana pendapatan daripada syarikat judi dan penswastaan ini adalah antara langka Singapura menaikkan profil liga domestik, dan menjadikan ia lebih menarik untuk pelabur untuk tempoh jangka masa panjang.

Petkembangan terbaru ini adalah selepas gesaan daripada Kejaan Singapura untuk memperketatkan operasi judi ‘jackpot’ oleh kelab bola sepak selepas satu serbuan di sebuah clubhouse pada 2017 menjadi skandal dan mengemparkankan bola sepak negara itu.

Skandal judi 2017

Pada ketika itu FAS sedang sibuk dengan pemilihan,menyaksikan tiga kelab iaitu Hougang United, Woodlands Wellington and Tiong Bahru FC (TBFC) didakwa menyeleweng dana (penggubahan wang haram) melibatkan jumlah RM119.90 juta sejak 2016 untuk tujuan membayar rasuah di pemilihan tersebut.

Kurang setahun selepas pemiliha FAS, kelab-kelab tersebut diarahkan untuk menutup operasi judi kelab masing-masing, manakala kelab-kelab lain diarahkan untuk mengurangkan mesin slot judi kepada 15 unit sahaja menjelang akhir 2019.

Pada hari ini, Hougang, Geylang International dan Albirex Niigata memiliki jumlah maksimum mesin slot judi jackpot tersebut, Manakala Tampines Rovers dilaporkan memiliki 13, dan Balestier Khalsa mempunyai lapan unit.

Kelab dengan 15 mesin slot judi dilaporkan boleh menjana kewangan sebanyak RM1.6 juta setahun. Bayangkan jumlah yang mampu kelab-kelab ini jana pada ketika jumlah mesin slot belum lagi dihadkan pada 2019.

Kelab-kelab di Singapura beroperasi dengan bajet sekitar RM3.9 juta sehingga Rm5 juta setahun. Lebih separuh daripada perbelanjaan tersebut biasanya datang darupada subsidi oleh penganjur pertandingan yang diberikan berdasarkan prestasi pada akhir musim.

Kongsi artikel ini