Pengumuman yang telah dibuat oleh Menteri Kanan Keselamatan , Datuk Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media Majlis Keselamatan Negara di sebelah petang tadi telah mengejutkan semua peminat terutamanya di selatan tanah air.
Majlis Keselamatan Negara tidak membenarkan kelab Johor Darul Takzim untuk terbang ke Doha bagi saingan Liga Juara-juara AFC 2020 (ACL) yang dijadualkan berlangsung pada minggu hadapan.
Sehubungan itu , Johor Southern Tigers telah mengeluarkan maklum balas rasmi melalui kenyataan Pengarah Teknikal JDT , Alistair Edwards dalam saluran media sosial mereka.
Johor Darul Ta'zim FC (JDT) have been informed by the National Security Council (NSC) that we will not be given permission to travel to Doha, Qatar for the 2020 AFC Champions League (ACL).
[1/4] pic.twitter.com/Al0kBBhyml
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) November 11, 2020
“Johor Darul Ta’zim FC (JDT) telah dimaklumkan oleh Majlis Keselamatan Negara bahawa kami tidak diberikan kebenaran untuk berlepas ke Doha, Qatar untuk saingan AFC Champions League 2020.
“Walaupun kami sangat kecewa tidak dapat mengambil bahagian dalam kejohanan tertinggi kelab peringkat Asia dan juga Piala Malaysia , kami menghormati keputusan Kerajaan Malaysia dan memahami tindakan atas faktor keselamatan ini terpaksa diambil disebabkan oleh peningkatan kes pandemik Covid-19.”
“Keselamatan setiap orang termasuk skuad JDT yang bakal ke Doha adalah satu keutamaan. Kami berdoa dan berharap agar dunia dapat mengatasi pandemik ini sebelum bermulanya musim 2021.”
Alistair Edwards , Pengarah Teknikal Kelab Bolasepak Johor Darul Takzim.
🚨 REMINDER 🚨
As #ACL2020 East will resume in less than 2 weeks, let's see how the groups stand! pic.twitter.com/SLgLnYJ9u8
— #ACL2020 (@TheAFCCL) November 6, 2020
Sabtu lalu , Majlis Keselamatan Negara (MKN) juga telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula Isnin lepas dan berakhir pada 17 Disember 2020.
Mengikut jadual perlawanan , kelab Johor Darul Ta’zim dijangka bertemu dengan kelab dari China , Guangzhou Evagrande FC dalam kumpulan G.