Beberapa kelab Liga Perdana Inggeris menimbulkan kontroversi dengan meletakkan kakitangan bukan pemain mereka ke dalam skim pembiayaan oleh kerajaan, kerana krisis COVID-19.
Dan pengacara talkSPORT, Georgie Bingham turut tidak terkecuali melemparkan kritikan atas sikap hipokrit dan pentingkan diri pengurusan kelab-kelab ini tadi.
Malah Bingham turut mencadangkan agar kelab-kelab yang berbuat demikian agar digantung daripada segala aktiviti perpindahan pemain pada masa depan – jika meneruskan rancangan mereka.
Sebelum ini kerajaan United Kingdom mewujudkan satu skim di bawah dana khas untuk membayar 80% daripada gaji pekerja syarikat yang terjejas akibat krisis coronavirus.
A radical idea – but is it harsh or fair? https://t.co/5pRErO6GeC
— Stoke City Live (@StokeCityLive) April 5, 2020
Skim tersebut bertujuan untuk membantu perusahaan kecil, namun beberapa kelab EPL turut mengambil kesempatan termasuk Liverpool – sebelum menarik balik keputusan tersebut selepas dibidas pelbagai pihak termasuk penyokong sendiri.
Untuk rekod, Liverpool adalah kelab ke-7 terkaya di dunia dengan laporan kewangan mengunjurkan keuntungan berjumlah ₤42 juta, dan berbelanja sebanyak ₤235 juta untuk pemain baharu sepanjang tempoh satu musim yang lalu.
Tottenham, Norwich, Bournemouth adalah antara kelab EPL yang terlebih dahulu memilih agar pekerja bukan pemain mereka dibiayai oleh skim tersebut, dan mendapat kritikan serupa.
“Mari kita hadam kata-kata ini betul-betul,” kata beliau di rancangan Weekend Sports Breakfast di talkSPORT.
Tottenham furlough 550 staff with pay cuts – as accounts show Daniel Levy got paid £3m stadium bonus. https://t.co/kziQa6ovNx
— talkSPORT (@talkSPORT) March 31, 2020
“Jika ada kelab pergi ke kerajaan untuk mendapatkan bantuan dari kita, yang merupakan pembayar cukai, maka ia haruslah untuk satu tempoh yang panjang, tidak ada kelab dibenarkan aktif melakukan perpindahan pemain.
“Jika mereka sangat miskin sehingga kelab tidak mampu membayar satu juta pound gaji sebulan kepada kakitangan bergaji rendah, maka mereka tidak sepatutnya aktig melakukan pembelian di jendela perpindahan pemain.
“Tidak ada jendela perpindahan untuk anda [kelab]; minta maaf, jika anda miskin sehingga ke tahap itu, anda tidak perlukan satu.
“Tidak akan ada satu kelab bola sepak di negara ini akan pergi untuk bantuan skim tersebut, jika ia bermakna meraka tmampu melakukan urusniaga [pasaran pemain] selepas atau jika bola sepak disambung nanti.”
Malah keadaan tampak semakin teruk apabila kelab-kelab ini menyambung operasi dengan berbelanja jutaan pound untuk mendapatkan pemain yang tidak pun berada di dalam kesebelasan utama.
#LFC confirm furloughed staff will be paid 100 per cent of their wages.
— Sky Sports News (@SkySportsNews) April 4, 2020
Pada pasaran pemain pada hari ini, sesebuah kelab boleh berbelanja sehingga £10 juta untuk seorang pemain pertahanan yang sukar mendapat minit untuk beraksi, tetapi tidak pula mampu membayar gaji kakitangan yang lain.
Sejak beberapa hari yang lalu pemain bola sepak turut sibuk mempertahankan diri dari kenyataan Setiausaha Kementerian Kesihatan UK, Matt Hancock, mengkritik mereka kerana tidak melakukan pemotongan gaji, tetapi tidak ada media yang melaporkan mengenai tanggungjawab pemilik kelab yang mengaut kebanyakkan keuntungan.
Bingham turut melabel keseluruhan perkara yang berlaku mengenai tanggungjawab kewangan setiap pihak telah memalukan sukan bola sepak itu sendiri.
Jamie Carragher says Liverpool have 'lost all respect' after putting staff on furlough leave. https://t.co/9iTfGEjkRA pic.twitter.com/AmY7Cs3Qz0
— SPORTbible (@sportbible) April 5, 2020
“Bola sepak nampak teruk kerana semua ini, dan bola sepak nampak teruk apabola ia seperti pemain dibuli dan dijadikan mangsa keadaan oleh pemilik yang kaya raya mengaut keuntungan dari industri.
“Mereka pejam mata membayar gaji pemain [yang mahal], tetapi tidak berbuat apa-apa [untuk membantu].”
Kebanyakan pemain di EPL kini dilaporkan sedang bergerak di sebalik tabir untuk mengumpul bantuan kewangan sesama mereka sebelum bantuan dihulurkan terus kepada pihak yang memerlukan.
Jumlah potongan gaji juga dipersetujui berbeza di kalangan kelab.