Napoli menewaskan Juventus 4-2 melalui penentuan sepakan penalti setelah perlawanan masa sebenar membabitkan kedua-dua pasukan terikat 0-0 untuk menjuarai Coppa Italia pada musim ini.
Arkadiusz Milik menjaringkan sepakan penalti yang memberi kemenangan buat Napoli, selepas Alex Meret menyelamatkan percubaan Paulo Dybala dan sepakan Danilo pula melambung tinggi.
Kejuaraan ini juga adalah yang pertama buat Gennaro Gattuso selaku jurulatih. Ia juga bermakna Maurizio Sarri masih ternanti-nanti kejuaraan pertama beliau di Itali.
Gennaro Gattuso's first trophy as a coach has come after losing his sister to illness in recent weeks.
A special moment for the Napoli boss 💙 pic.twitter.com/5zPQhSSpjY
— Football on BT Sport (@btsportfootball) June 17, 2020
Namun Sarri dan Juventus berpeluang berbuat demikian apabila saingan Serie A bermla kembali. Kemenangan ini bermakna Napoli layak ke saingan peringkat kumpulan Europa League secara automatik pada musim hadapan.
Cabaran Napoli sejak ketibaan Gattuso yang menggantikan Carlo Ancelotti adalah positif setakat ini.
Peluang pertama untuk membawa kejuaraan sejak kali terakhir bergelar juara Supercoppa Italiana pada 2014, skuad kendalian Gattuso adalah pasukan yang lebih menyerlah sepanjang 45 minit pertama perlawanan.
Napoli have their sixth #coppaitalia.
Gennaro Gattuso his first major trophy as a manager.
Read all about how they denied Juventus to lift their first trophy in six years 👉 https://t.co/0mSZBSY0Yw pic.twitter.com/NA4qtQ9lmN
— BBC Sport (@BBCSport) June 17, 2020
Percubaan Lorenzo Insigne dari jarak 25 meter misalnya mengegarkan palang gol selepas 24 miniy aksi, manakala percubaan Diego Demme dinafikan oleh Gianluigi Buffon menggunakan kaki.
Insigne sekali lagi hampir memecah kebuntuan pada pengakhiran babak pertama namun percubaan beliau dinafikan oleh Alex Sandro di garisan gol, sebelum percubaan jarak dekat beliau dihadang oleh Buffon.
Juventus walaupun mendominasi penguasaan bola, hanya menghasilkan beberapa peluang pada babak pertama perlawanan.
Oh my days. Rino. 😭💙 #NapoliJuventus pic.twitter.com/i0XASleLDj
— Everything Napoli (@NapoliAndNaples) June 17, 2020
Kesilapan Jose Callejon membenarkan Rodrigo menguji Meret, namun peluang menjaringkan gol tidak datang kerap.
Selepas rehat Matteo Politano turut mensia-saiakan peluang, dan Sari serta Gattuso masing-masing mulai melakukan pertukaran pemain selepas itu.
Leonardo Bonucci dan Dybala menghasilkan percubaan menarik, namun tidak memeberikan masalah kepada Meret. Juventus harus bersyukur kepada Buffon kerana berjaya mengheret perlawanan ke penentuan sepakan penalti.
Namun tiada yang dapat menghalang Napoli dan Gattuso untuk meraikan kejuaraan selepas itu.
Jika anda terlepas perlawanan pada awal pagi tadi, anda boleh menontonnya kemnbali melalui pautan di bawah.