Kejuaraan Bola Sepak Pantai AFF 2022: Malaysia Belasah Indonesia 9-2 Di Pantai Pattaya

Malaysia memulakan kempen di Kejuaraan Bola Sepak Pantai AFF 2022 dengan kemenangan besar apabila membelasah Indonesia 9-2 pada petang tadi.

Kemenangan penuh bergaya skuad bola sepak pantai negara dikongsi oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) melalui akaun media sosial badan induk negara itu pada petang tadi.

Indonesia terlebih dahulu berada di hadapan seawal minit ke-6 melalui jaringan Komang Sujana. Tetapi Malaysia tidak perlu menunggu lama apabila pantas menyamakan kedudukan selang dua minit kemudian hasil jaringan Zaharim Yusof.

Baki perlawanan menyaksikan Malaysia terus menguasai perlawanan dengan jaringan demi jaringan dihasilkan. Bermula dengan Qushairie Asaari yang memberikan pendahuluan 2-1 pada minit ke-9, pasukan negara tidak lagi memandang ke belakang.

Keputusan Masa Penuh

Kejuaraan Bola Sepak Pantai AFF 2022 | 29 September 2022

INDONESIA 🇮🇩 2-9 🇲🇾 MALAYSIA

⚽ I…

Posted by Football Association of Malaysia on Thursday, September 29, 2022

Hasrol Ali menjaringkan hatrik (12′ 24′ 30′), Fitrah Mohamad dengan dua gol (22′ 32′), dan Ashrey Mat Ghani menyumbangkan satu jaringan pada minit ke-35’di dalam perlawanan ini.

Zaharim Yusof yang menjaringkan gol penyamaan pasukan negara turut menambah satu lagi jaringan pada minit ke-15, manakala satu lagi jaringan oleh Indonesia dihasilkan oleh Dewa Kadek Dwipayudha pada minit ke-36 perlawanan untuk kedudukan akhir 9-2.

Kekalahan kepada Malaysia bermakna cabaran skuad Garuda Pantai sudah berakhir apabila tewas 5-3 kepada Thailand pada hari semalam. Malaysia pula akan berhadapan tuan rumah pada keesokkan hari.

Kejohanan Bola Sepak Pantai AFF 2022 hanya diadakan secara sepusingan liga melibatkan tiga buah negara iaitu Malaysia, Thailand selaku tuan rumah dan juga Indonesia.

Kongsi artikel ini