Di sebalik segala persiapan rapi yang dilakukan oleh skuad Kedah untuk menghadapi lawan mereka di saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) musim 2020, langkah skuad Lang merah tetap dinoktahkan di pusingan play-off.
Kedah bermula dengan cemerlang apabila menewaskan Tai Po FC 5-1 di Stadium Darul Aman di pusingan kelayakan.
Dalam perlawanan play-off, wakil Korea Selatan, FC Seoul pula menunggu. Jelas sekali FC Seoul bukan tandingan untuk Kedah.
Aksi perlawanan kedua-dua pasukan di Stadium Piala Dunia Seoul beberapa hari lalu turut menggambarkan jurang perbezaan dua pasukan.
Benarkah Kedah main taktikal long-ball?
Jelas ia adalah perlawanan yang mahu dilupakan oleh Kedah apabila tewas 4-1 dalam perlawanan tersebut.
Walaupun tewas, ia tidak bermakna tidak ada perkara positif yang boleh diambil dari perlawanan tersebut.
Namun tidak kurang ada juga di kalangan penyokong Kedah meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap pemilihan pemain dan taktikal pengendali dari Singapura, Aidil Sharin.
Malah ada yang menuduh Kedah beraksi menggunakan taktikal long-ball, dan tidak menunjukkan corak permainan yang cantik.
Bercakap kepada Semuanya BOLA, Aidil Sharin berkata, andaian sesetengah pihak yang beliau menggunakan satu arahan taktikal adalah salah.
Posted by Semuanya BOLA on Thursday, 30 January 2020
“Mengarut. Mereka yang katakan itu [taktikal long ball], not football people [bukan mengetahui bola sepak],” jawab Aidil ketika ditanya oleh wartawan Semuanya BOLA mengenai perkara itu.
“Anda boleh bertanya kepada semua pemain saya, pernah atau tidak saya mengarahkan mereka untuk bermain long ball? Tidak pernah.”
Apa yang dikatakan Aidil ada kebenarannya. Ketika Kedah menang besar 5-1 ke atas wakil Hong Kong, Tai Po FC dalam pusingan kedua kelayakan sebelum ini, tiada suara-suara sumbang daripada ‘pakar taktikal’.
Kini, golongan ini timbul bagai cendawan selepas hujan seakan-akan enggan menerima hakikat perbezaan kualiti bola sepak yang dimiliki oleh Kedah dan FC Seoul.
Bagaimana Kedah sebenarnya beraksi?
Dalam perlawanan menentang FC Seoul, jelas sekali lawan dari Korea Selatan itu adalah pasukan yang jauh lebih superior.
Tetapi berdasarkan struktur permaian Kedah, jelas sekali Aidil sudah mencuba sebaik mungkin untuk mendapatkan keputusan positif dari perlawanan itu.
Apapun syabas Kedah kerana menunjukkan keinginan dan kesungguhan pasukan korang dalam kempen kelayakan kali ini. Ia akan menjadi pembelajaran yang berguna.Analisis oleh : @Lazar Fauzanovic
Posted by Axello.net on Tuesday, 28 January 2020
Mengulas lebih lanjut mengenai pelawanan tersebut, Aidil berkata:
“Pada saya, saya suka taktikal yang pelbagai. Ada short pass dan ada direct pass. Bergantung kepada pasukan lawan yang saya akan jumpa.”
“Cuba tengok semula gol Kedah ketika bertemu Tai Po FC, adakah semuanya hasil daripada long ball?” soal Aidil Sharin semula sambil mengakui susah untuk selalu memuaskan hati semua pihak.
Rekod kelab Malaysia vs wakil Korea Selatan
Untuk rekod, belum ada pasukan dari Malaysia yang pernah menewaskan wakil dari Korea Selatan sejak 53 tahun yang lalu di peringkat pertandingan kelab Asia.
Selangor menjadi pasukan terakhir menewaskan lawan dari negara tersebut pada 1967, apabila menewaskan Tungsten Mining Co 1-0 di separuh akhir kedua pertandingan Asia.
It has been 53 years since a Malaysian team beat a South Korean side in Asian club competition.
Ibrahim Mydin scored the only goal as Selangor beat Tungsten Mining Co in the 2nd leg of the 1967 Asian Club Championship at Merdeka Std.
Can Kedah do the same today?#ACLPO pic.twitter.com/myQadswjDM
— Devinder Singh (@devinder00) January 28, 2020
Musim lalu, Perak ditundukkan 5-1 oleh Ulsan Hyundai di peringkat play-off.
Pada musim lalu juga, JDT berjaya mengikat Gyeongnam 1-1 di Larkin, tetapi tewas 2-0 kepada lawan yang sama di tempat lawan dalam aksi peringkat kumpulan.
Perancangan tidak menjadi
Walaupun mengetahui FC Seoul adalah lawan yang sukar, tidak bermakna Aidil tidak mempunyai perancangan untuk memerangkap lawannya itu.
“Saya yakin perlawanan akan menjadi lain [jika tiada kad merah dan penalti], kerana sebelum penalti itu, kita mampu bertahan. Dan kita juga ada tiga peluang dari Kipre [Tchetche] dan [Kpah] Sherman.
Idea taktikal tu mantap dah. Faktor pengalaman turut memberi jurang Kedah dan FC Seoul?
Posted by Grandstand Kita on Tuesday, 28 January 2020
“Memang sasaran kita first half jangan bolos. Second half, kita akan main attacking. Itu perancangan saya,” jelasnya sambil mengakui skuadnya masih kekurangan untuk melakukan pressing, passing dan defending.
Walaupun demikian, Aidil yakin barisan pemainnya sudah memberikan keupayaan 100%, dan kini fokus skuad Lang Merah akan terarah kepada perlawanan Piala Sumbangsih menentang JDT pada 28 Februari hadapan.