Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor telah sah dilantik sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA).
Perkara itu diumumkan melalui rangkaian mediia sosial milik Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) sebentar tadi.
Turut dilantik membarisi kepimpinan baharu KFA adalah bekas pemain dan kapten pasukan, Radhi Mat Din.
SEKALUNG TAHNIAH YAB HAJI MUHAMMAD SANUSI BIN MD NOR, PRESIDEN BAHARU KFA.Alhamdulillah, Kongres Luar Biasa (EGM) KFA…
Posted by FA Kedah on Saturday, July 11, 2020
Kedua-duanya dilantik melalui Kongres Luar Biasa (EGM) KFA yang diadakan pada hari ini.
Kongres Luar Biasa (EGM) KFA 2020 yang berlangsung pagi tadu mengisytiharkan YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor, Menteri Besar Kedah Darul Aman sebagai Presiden setelah ahli gabungan sebulat suara mencalonkan beliau bagi mengisi jawatan tersebut.
SEKALUNG TAHNIAH TUAN HAJI MUHAMAD RADHI BIN MAT DIN, NAIB PRESIDEN BAHARU KFA.Alhamdulillah, Kongres Luar Biasa (EGM)…
Posted by FA Kedah on Saturday, July 11, 2020
Manakala Tuan Haji Muhammad Radhi Bin Mat Din diumumkan sebagai Naib Presiden setelah menang tanpa bertanding jawatan tersebut.
Kedah FA terpaksa melantik pengurusan tertinggi yang baharu selepas Presiden sebelumnya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir melepaskan jawatannya di dalam KFA susulan perubahan landskap politik di negeri itu.
KENYATAAN MEDIAPERSATUAN BOLA SEPAK KEDAH DARUL AMANPersatuan Bola Sepak Kedah Darul Aman (KFA) telah mengadakan…
Posted by FA Kedah on Tuesday, June 9, 2020
Melalui satu kenyataan daripada KFA pada 9 Jun lalu, turut melepaskan jawatan masing-masing selepas perubahan itu adalah En. Anas Hafiz Bin Mustaffa (jawatan Naib Presiden 1) dan YB En. Asmirul Anuar Bin Aris (Setiausaha Kehormat).
Muhammad Sanusi adalah Menteri Besar Kedah terkini dan Ahli Dewan Undangan Negeri Jeneri.
Manakala Radhi turut pernah menjadi calon bagi Parti Islam Se-Malaysia (PAS) sebagai calon untuk kerusi Parlimen Pokok Sena pada Pilihan raya umum Malaysia yang lalu.
Ada banyak perkara menanti pengurusan baharu KFA yang baru dilantik ini. Antaranya sudah pasti adalah tunggakan gaji pemain dan pegawai pasukan yang telah tertunggak sejak beberapa bulan yang lalu.
Melantik Presiden dari kalangan Menteri Besar bukanlah perkara yang terkandung di dalam perlembagaan KFA. Namun ia seperti sudah seperti satu tradisi sejak beberapa tahun yang lalu.