Ciro Immobile menjadi pemain pertama sejak 61 tahun lalu untuk menjaringkan 27 gol Serie A selepas 25 perlawanan untuk Lazio kembali ketinggalan hanya 1 mata di belakang pendahulu Juventus.
Penyerang Itali berusia 30 tahun itu menggandakan kelebihan Lazio selepas Adam Marusic memberikan pendahulan awal buat skuad kendalian Simone Inzaghi ke atas Genoa.
Ciro Immobile is now four goals away from doing something only Gonzalo Higuain and Luca Toni have done since 1958 โ score 30 or more goals in a Serie A season
โ Matteo Bonetti (@BonettiESPN) February 16, 2020
Francesco Cassata kemudiannya menjaringkan satu gol untuk Genoa sebelum Danilo Cataldi menjadikan kedudukanย kepada 3-1.
Kemudian giliran Domenico Criscito merapatkan jurang kepada 3-2 di minit akhir perlawanan melalui sepakan penalti.
Penyarang prolifik di Serie A
Antonio Angelillo adalah pemain terakhir yang memiliki permulaan prolifik sebegitu di Serie A ketika beliau bersama Inter Milan pada musim 1958/59.
Penyerang dari Argentina itu mengakhiri saingan pada musim tersebut dengan 33 gol dari 33 perlawanan.
25 goals in 26 games now for Ciro Immobile, who has a legitimate claim to being the best player the Europe so far this season. He's on course to break the Serie A goalscoring record for a season, but can he fire Lazio to the title? #LazioInter pic.twitter.com/xACu4093lf
โ Stories From The Stands (@StandsStories) February 16, 2020
Tetapi rekod untuk jaringan terbanyak di Serie A dalam semusim masih lagi dipegang oleh Gonzalo Higuain yang menghasilkan 36 gol dari 35 penampilan untuk Napoli pada musim 2015/16.
Higuan mencipta rekod tersebut dengan penuh bergaya. Pada perlawanan terakhir musim tersebut, beliau hanya ketinggalan dua gol berbanding rekod Gunnar Nordahl.
๐ฎ๐น๐ Ciro Immobile this seasonโฆ
โ Games: 25
โ Goals: 27
โ Assists: 6
He only joined Lazio 3 seasons ago and he's already the 4th highest scorer in the clubs 120 year history. pic.twitter.com/EWetZXh4gs
โ The Sportsman Bet (@TheSportsmanBet) February 23, 2020
Nordahl menjaringkan 35 gol dari 37 perlawanan untuk AC Milan, rekod yang dipertahankan sejak 1949/50.
Higuain yang beraksi bersama Chelsea secara pinjaman pada musim lalu, kemudiannya menjaringkan hatrik dalam tempoh 19 minit untuk Napoli ketika membelasah Frosinone 4-0 untuk meleburkan rekod tersebut.
The Rise of Immobile
Pada musim 2015/16 Immobile menamatkan musim dengan lima gol setelah dipinjamkan dari Sevilla ke Torino.
Bekas pemain akademi Juventus ini tidak asing bagi penyokong Torino.
Sebelum ke Jerman bersama Borussia Dortmund, Immobile โ ketika muda โ mencetak 22 gol untuk kelab tersebut pada musim 2013/14.
Teenage Ciro Immobile for Juventus Primavera:
โ 44 games
โฝ๏ธ33 goalsBeginning of a Capocannoniere. pic.twitter.com/zOdbUNH3YL
โ FootballTalentScout โ Jacek Kulig (@FTalentScout) February 23, 2020
Pinjaman tersebut membuka laluan untuk Immobile kembali ke Itali secara tetap bersama Lazio. Di sinilah karier Immobile seolah bermula kembali pada usia 26.
Pada musim 2016/17, Immobile menjaringkan 26 gol, dan kemudiannya 41 gol di semua pertandingan pada musim 2017/18.
Walaupun musim lalu prestasi beliau sedikit merosot, jaringan yang dijaringkan menentang Genoa pada hujung minggu lalu menjadikan jumlah jaringan bersama Lazio kini 116 gol dari 166 perlawanan.
Penutup
Prestasi Immobile pada musim ini memberi harapan kepada kelab yang berpengkalan di Rom itu untuk mencabar Juventus pada musim ini.
Juventus mendominasi kejuaraan Serie A sejak 2000 lagi, dan kini telah meraih sembilan Scudetto secara berturut-turut.
๐ @ciroimmobile cannot stop scoring for @OfficialSSLazio, firing home is 27th goal of the season in the 3-2 win over @GenoaCFC that keeps his team firmly in the hunt for the Scudetto | Full highlights #GENLAZ ๐ฅ https://t.co/0uO8RmQkeG pic.twitter.com/qBhlO2xxgB
โ beIN SPORTS (@beINSPORTS_AUS) February 24, 2020
Lazio masih mempunyai baki 13 perlawanan Serie A pada musim ini. Jumlah gol Immobile kini hanya ketinggalan sembilan gol di belakang rekod milik Higuain.
Immobile kini pasti memiliki motivasi yang diperlukan untuk memastikan tempat di dalam skuad Itali ke Euro 2020 โ setelah asyik keluar masuk kesebelasan utama skuad Roberto Mancini sepanjang pusingan kelayakan.
๐ Happy Birthday Ciro #Immobile!
The article ๐ https://t.co/NK1D2c16GH
The #SerieA top-scorer, who has scored 1โฃ0โฃ goals in 3โฃ9โฃ matches with the National Team ๐ฎ๐น, turns 3โฃ0โฃ today.#Azzurri #VivoAzzurro pic.twitter.com/cWrboZgnoB
โ Italy (@azzurri) February 20, 2020
Ia mungkin musim yang sempurna buat Immobile pada musim ini jika berjaya memecah rekod Higuain dan menjadi sandaran Itali di Euro 2020.
Lebih dari itu, kebangkitan semula Immobile juga boleh menjadi musim sempurna juga untuk Lazio.
ย