• Umum
  • Bola Sepak
  • Raket
  • Pemotoran
  • eSports
  • Sukan Lain
  • Video
Menu
  • Umum
  • Bola Sepak
  • Raket
  • Pemotoran
  • eSports
  • Sukan Lain
  • Video
Gary Lugard

Gary Lugard

KDA FC Beri Penjelasan Pertandingan Cipta Logo – “Undi Atas Talian Hanya Pungutan Suara”

  • December 17, 2020
  • , 1:29 pm
  • , Bola Sepak

Kedah Darul Aman FC menerima banyak persoalan dari penyokong mereka selepas pengumuman pemenang pencipta logo diumumkan semalam.

Ia berikutan pengumuman pemenang pertandingan mencipta loga tersebut yang bukan dari kalangan tiga finalis asal yang terpilih lebih awal.

Sebelum ini, tiga rekaan akhirnya telah dipilih daripada ratusan penyertaan yang dihantar untuk undian oleh penyokong.

Berdasarkan komen-komen daripada rata-rata penyokong Kedah, bukanlah rekaan yang dipilih yang menjadi isu. Tetapi lebih kepada isu integriti pertandingan.

Turut dipersoalkan ialah mengapa perlu adakan pemilihan pada fasa akhir sekiranya, pihak KDA FC akhirnya yang akan memilih rekaan yang sesuai.

Kenyataan Media oleh Khamal Idris Haji Ali, Ketua Pegawai Eksekutif, Kedah Darul Aman FC.

#kdafc #biarjasajadikenangan #erabaru

Posted by Kedah Darul Aman FC on Wednesday, December 16, 2020

Berdasarkan pertanyaan tersebut, hari ini KDA FC tampil dengan penjelasan mereka.

Menurut perkara No.3 dalam kenyataan tersebut, keputusan pemilihan jawatankuasa pemilih serta undi atas talian yang dilakukan oleh Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) sebelum ini hanyalah satu pungutan suara untuk rujukan KDA FC dalam menentukan logo.

Bagaimanapun pihak KDA FC berpandangan bahawa pemenang yang telah dipilih oleh jawatankuasa pemilih dan undian itu wajar diberikan hadiah seperti hasrat yang dinyatakan oleh pihak penaja bagi menghormati serta menghargai penat lelah pereka logo.

Pereka logo yang dipilih selaku logo rasmi kelab turut akan menerima hadiah daripada KDA FC.

Semalam Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Noor mengumumkan pemenang mencipta logo selepas hampir sebulan tarikh tutup pertandingan pada 18 haribulan November yang lalu, dan pemenang juga dipilih berdasarkan undian tertinggi oleh penyokong bola sepak Kedah sendiri.

KFA sebelum ini menggunakan kata-kata seperti: “Anda sebahagian dari sejarah Kedah Darul Aman FC!” untuk mempromosikan undian dan memilih pemenang.

Kongsi artikel ini

ACL 2022: Arif Aiman Di Dalam Senarai Lima Pemain Paling Banyak Cipta Peluang

Lee Tuck, Sergio Aguero Kempunan Jadi Pemain Naturalisasi

Kelibat Daniel Ting Di SSI, Bakal Diumumkan Pemain JDT Hari Ini?

Bolos Lima Gol Khairul Azhan Undang Amarah Penyokong Selangor

xG Stats: Jentera Serangan JDT Boleh Pesta 20 Gol, Selangor Miliki Keberangkalian Rendah Cipta Jaringan

4 Perkara Tumbangnya Red Giants Di Stadium Sultan Ibrahim Nusajaya Johor

Lensa Yang Lain

Kategori

  • Umum
  • Bola Sepak
  • Raket
  • Pemotoran
  • eSports
  • Sukan Lain
  • Video
Menu
  • Umum
  • Bola Sepak
  • Raket
  • Pemotoran
  • eSports
  • Sukan Lain
  • Video
© 2019 Grandstand Kita
Facebook Twitter
Posting....