Kementerian Belia dan Sukan (KBS) semalam telah meluluskan dana kepada pelumba Moto2 negara Hafizh Syahrin Abdullah dan ia akan disalurkan kepada beliau dalam masa terdekat.
Perkara itu diumumkan oleh KBS melalui satu kenyataan media yang dikeluarkan semalam.
Kenyataan Media oleh KBS berkenaan penyaluran dana kepada Pelumba Moto2 Negara Hafizh Syahrin.#TeamMALAYSIA 🇲🇾🏆 pic.twitter.com/kyCl9546UK
— KBSMalaysia (@KBSMalaysia) April 15, 2020
“KBS melalui Jabatan Belia dan Sukan Negara telah memaklumkan perkara ini kepada Hafizh mengenai kelulusan penyaluran dana bagi membantu menampung kos perlumbaan beliau bagi tahun 2020 pada awal Mac yang lalu.
“Dana yang akan disalurkan tersebut akan diserahkan melalui Litar Antarabangsa Sepang (SIC) sebagai badan pemantau program pembangunan sukan permotoran di negara ini,” menurut KBS dalam kenyataan hari ini.
Bagaimanapun, kenyataan itu tidak menjelaskan jumlah dana yang akan diterima oleh Hafizh.
View this post on Instagram#Bismillahfirst Race Day✊🏻💨 // Semoga dipermudahkan.Amin #teamHS #HS55 #RezekiDariAllah
A post shared by Hafizh Syahrin Abdullah (@hafizh_syahrin) on
KBS berkata bantuan seumpama itu merupakan satu bentuk sokongan yang sentiasa dititikberatkan oleh kementerian itu dalam apa jua pembangunan sukan.
Ia termasuklah termasuk sukan permotoran yang mampu mengharumkan nama negara.
Pelumba kelahiran Ampang, Selangor berusia 25 tahun itu terpaksa kembali ke Moto2 bersama pasukan Angel Nieto pada musim 2020 selepas dua musim beraksi di kelas perdana, MotoGP.
Sebelum ini, PETRONAS mengumumkan tidak lagi menaja Hafizh Syahrin untuk beraksi dalam kelas Moto2 tahun ini, dan hanya akan menyalurkan tajaan kepada pembangunan akar umbi antaranya pasukan SIC bagi kelas Moto3.
Sumber: BERNAMA