Kasut Emas Khalid Jamlus Kini Bernilai RM80,000

Bidaan untuk trofi Anugerah Kasut Emas Khalid Jamlus yang dimenangi oleh beliau pada pada musim 2002 kini telah mencecah nilai RM80,000.

Bekas penyerang kebangsaan itu membuat keputusan untuk melanjutkan tempoh bidaan trofi Kasut Emas tersebut sehingga Ahad ini.

Khalid terus membenarkan bidaan dibuka bagi memberikan lebih banyak peluang kepada mereka yang berminat untuk memiliki trofi tersebut.

Bagaimanapun tiada bidaan terbuka dilakukan melalui live di Facebook seperti yang beliau lakukan sebelum ini akan dilakukan.

Bidaan terima sambutan

Kali pertama bidaan untuk trofi tersebut dibuka, Khalid dipercayai menerima tawaran sehingga RM10,500 untuk trofi tersebut.

Bagaimanapun, semakin ramai yang melakukan bidaaan terutama dari luar Perak, termasuk daripada Sabah dan Sarawak. Nilai terkini menurut lapora Sinar Harian pada hari ini sudah pun menceceah RM80,000.

“Sebelum ini, memang saya tetapkan sehingga hujung minggu ini (semalam) sahaja. Tetapi saya telah ambil keputusan untuk melanjutkan tempoh bidaan Kasut Emas itu sehingga Ahad ini.

“Saya sendiri akan umumkan pemenang bagi bidaan Kasut Emas itu menerusi laman Facebook saya pada malam itu juga tetapi identiti pemenang akan dirahsiakan daripada pengetahuan umum.

“Apa yang boleh saya katakan, kebanyakan pembida trofi Kasut Emas itu datangnya dari luar Perak. Ada orang Kelantan, ada orang Sabah dan terbaharu dari Sarawak,” kata legenda bola sepak Perak itu seperti yang dilaporkan oleh Sinar Harian.

Belum ada keputusan

Mengenai peluang pekerjaan yang dijanjikan selepas pertemuan beliau dengan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal, Khalid mengesahkan telah mengadakan pertemuan dengans seorang individu seperti yang diarahkan.

Bagaimanapun belum ada kata putus dari pemain itu kerana perlu melakukan banyak pertimbangan, termasuk faktor keluarga dan sebagainya.

Tindakan Khalid melelong pelbagai trofi kejuaraan dikatakan disebabkan keadaan kewangan beliau yang mendesak selepas ketiadaan kerja tetap selama tiga tahun.

Kongsi artikel ini