The Karate Kid adalah filem martial art terkenal Amerika Syarikat. Ceritanya dihasilkan oleh Robert Mark Kamen, dan mula menerjah ke layar perak pada 1984 melalui filem asal The Karate Kid.
Ia diikuti oleh beberapa sequel lain seperti The Karate Kid Part II (1986), The Karate Kid Part III (1989) and The Next Karate Kid (1994).
The Karate Kid (2010) pula menampilkan Jackie Chan, bergandingan dengan anak muda Jaden Smith dan merupakan sequel terkini yang dihasilkan berkaitan filem tersebut.
Selain daripada filem, The Karate Kid turut diterbitkan sebagai drama bersiri pada 1994, dan juga pada 2018 melalui siri drama berjudul Cobra Kai.
The Karate Kid
The Karate Kid kini sudah berusia 36 tahun. Namun filem klasik martial art ini masih lagi menarik perhatian ramai – khususnya dari kalangan generasi yang membesar pada era 80an dan 90an.
Filem ini mengisahkan Daniel LaRusso (lakonan Ralph Maccio) yang berhijrah bersama ibunya ke Reseda, Los Angeles dari New Jersey untuk memulakan sesi persekolahan baharu.
Sebagai budak baharu, Daniel kemudiannya berkonflik dengan salah seorang pelajar Cobra Krai, Johnny Lawrence dan rakan-rakannya yang merupakan bekas teman wanita Ali Mills.
Setelah dipukul oleh Johnny, Daniel kemudiannya berguru dengan Mr. Miyagi (lakonan Pat Morita) yang merupakan salah seorang guru karate.
The Crane Kick
Sepertimana tipikalnya cerita-cerita remaja zaman dahulu, pertikaian akan dibawa ke gelanggang pertarungan.
Daniel dan Johnny tidak terkecuali apabila mereka disiapkan oleh guru masing-masing untuk menyertai All-Valley Karate Tournament.
Kemuncak cerita pada hampir setiap siri adalah tendangan yang dikenali sebagai ‘The Crane Kick’ yang dihasilkan oleh Danny untuk menewaskan lawannya, pada ketika dirinya sedang mengalami kecederaan.
35 years ago the crane kick changed the world! pic.twitter.com/Vaxpv69MLO
— Rotten Tomatoes (@RottenTomatoes) June 22, 2019
Garakan ‘Crane Kick’ di dalam filem The Karate Kick dianggap sebagai klimaks dan daya penarik utama yang akan dikenang oleh peminat The Karate Kid sehingga ke hari ini.
Bagaimanapun timbul persoalan. Adakah gerakan tersebut benar-benar dibenarkan di dalam pertarungan karate sebenar?
Peraturan Karate Kumite
Dalam peraturan Karate – Kumite, kiraan mata adalah berasaskan lima kaedah serangan yang berjaya dilakukan ketika pertarungan.
Lima kaedah serangan tersebut adalah tumbukan tepat ke badan (YUKO A), dan tumbukan tepat ke muka (YUKO B); tendatangan pertengahan yang disasarkan ke badan (WAZARI); sepakan tinggi disasarkan ke kepala (IPPON A), dan juga kejayaan merebahkan lawan disusuli satu tubukan ke badan (IPPON B).
Anda bolehmelihat sendiri bagaimana mata dikumpul untuk menentukan pemenang pada pertarungan karate yang sebenar melalui pautan YouTune seperti di bawah.
Berdasarkan peraturan rasmi ini, sememangnya menyatakan sepakan atau tendangan ke arah kepala dibenarkan untuk mendapatkan mata berdasarkan gerapakan Ippon A. Malah serangan sedemikian akan memberikan tiga mata.
Bagaimanapun gerakan yang dilakukan oleh Daniel LaRusso terhadap Johnny Lawrence tidak dibenarkan sama sekali kerana ia menggunakan sepenuh tenaga (full force) yang mampu mencederakan lawan.
Ini bermakna sekiranya teknik sama digunakan oleh mana-mana peserta Karate di acara Karate Kumite yang dipertandingkan di kebanyakkan temasya sukan dunia, ia akan menyebabkan peserta boleh disingkirkan kerana melanggar peraturan.
Karate Kyokushin
Bagaimanapun keadaan berbeza sekiranya anda merupakan peserta Karate Kyokushin. Dalam pertandingan Kyokushin perserta dibenarkan bertanding dengan melakukan full contact.
Peserta dewasa tidak akan memakai vest atau sebarang alat perlindungan ketika pertarungan.
Pemenang juga akan ditentukan melalui Knockout (K.O) dan tiada had sentuhan atau impak. Di Malaysia, Karate Kyokushin masih lagi baru.
Kejohanan Terbuka Malaysia Karate Kyokushin diadakan setiap tahun dan sudah memasuki edisi ke-4. Berbeza dengan Kumite, Kyokushin juga akan menentang lawan dari seni mempertahankan diri lain seperti dari silat, taekwando.
Crane kick dunia sebenar
Selain daripada disebabkan impak yang dihasilkan, terdapat juga perdebatan teknik Daniel LaRusso yang berdiri sebelah kaki dan mendepakan kedua-dua belah tangannya bermakna beliau mendedahkan dirinya kepada serangan ‘counter attack’ daripada lawan.
Dalam situasi tersebut, sangat jelas Daniel akan menyerang dengan satu kaki. Lawan yang bijak akan mengelak sebelum melakukan serangan balas pantas dengan mudah kerana tiada pertahanan oleh Daniel.
Bagaimanapun kerana ianya hanya untuk tujuan perfileman dan plot cerita, maka sebaliknya yang terjadi.
Namun petarung UFC, Lyoto Machida pernah menampilkan ‘Crane Kick’ versi beliau sendiri yang diubahsuai ketika menewaskan Randy Couture dengan konockout di UFC 129.
Machida tidak perlu mendepakan tangan dan berdiri sebelah kaki sambil menanti lawan untuk masuk sebelum melakukan serangan.
Machida digelar sebagai ‘The Karate Kick’ selepas UFC129 itu.
Rumusan
Jadi adakah gerakan ‘crane kick’ oleh Daniel LaRusso diharamkan atau tidak dalam pertarungan sebenar? Ia terpulang kepada jenis kejohanan yang disertai.
Ia mungkin diharamkan dan juga dibenarkan bergantung kepada peraturan pertandingan. Adakah anda salah seorang peminat filem The Karate Kid? Mungkin anda mempunyai pandangan tersendiro. Kongsikan dengan kami di ruangan komen.