Kapten skuad kebangsaan Bangladesh, Jamal Harris Bhuyan menyeru penyokong mereka yang berada di Lembah Kelang untuk membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) untuk memberikan sokongan kepada pasukan.
Bangladesh akan berhadapan dengan Malaysia untuk perlawanan terakhir Kumpulan E pusingan kelayakan Piala Asia 2023 pada malam esok.
Kapten Bangladesh Jamal Harris Bhuyan ajak warga Bangladesh di Malaysia membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil malam esok!@ASTROARENA pic.twitter.com/rMy5noycVl
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) June 13, 2022
Secara matematik, Bangladesh telah pun tersingkir dan tidak akan layak ke pusingan akhir Piala Asia 2023 selepas tewas semua dua perlawanan setakat ini.
Tewas 2-0 kepada Bahrain pada perlawanan pertama, impian Bangladesh untuk memburu peluang layak ke kejohanan tertinggi bola sepak Asia itu terpadam apabila turut tewas 2-1 kepada Turkmenistan pada Sabtu lalu.
Namun ini tidak bermakna Bangladesh akan memberi laluan mudah kepada pasukan negara yang wajib menang sekurang-kurangnya dengan kelebihan tiga gol untuk melayakkan diri ke pusingan akhir nanti.
#OTD Malaysia menewaskan Bangladesh 2-0 di kelayakan Piala Dunia 1998 (1997) yang berlangsung di Stadium Shah Alam. Gol Malaysia dijaringkan oleh Azman Adnan dan Idris Karim.#HariIniDalamSejarah #HarimauMalaya pic.twitter.com/MTKEzQA1FD
— HarimauMYstats (@HarimauMYstats) March 16, 2022
Malaysia sebenarnya memiliki rekod yang agak baik menentang Bangladesh. Daripada sembilan pertemuan di antara kedua-dua pasukans sejak 1975, Malaysia hanya tewas sekali, seri dua kali dan menang enam perlawanan yang lain.
Kemenangan terakhir skuad Harimau Malaya ke atas Bangladesh adalah pada 1997, apabila jaringan Azman Adnan dan Idris Karim memberikan kemenangan 2-0 kepada pasukan negara di pusingan kelayakan Piala Dunia 1998.
Kali terakhir Malaysia menang bertemu Bangladesh adalah pada 1997 di Jeddah hasil jaringan penalti Zainal Abidin Hassan. Sejak 1978 Malaysia gagal menjaringkan lebih 3 gol ke atas Bangladesh. Pertemuan pada 2012 dan 2015 berakhir dengan seri.#MASvBAN pic.twitter.com/6UvU0e0fs9
— HarimauMYstats (@HarimauMYstats) June 13, 2022
Dua pertemuan terakhir di antara kedua-dua pasukan selepas itu berakhir dengan keputusan seri, dan pertemuan terakhir adalah pada 2015 dalam satu perlawanan persahabatan antarabangsa.
Seperti semua sedia maklum, rakyat Bangladesh ramai yang berkelana di Malaysia sebagai perkerja asing di dalam pelbagai industri.
Meski pun lebih dikenali sebagai negara yang meminati sukan kriket, negara itu turut memiliki kumpulan penyokong bola sepak yang fanatik.
Kenyataan terbaru Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan sebelum ini berkata kementeriannya akan mengusahakan menerima kemasukan 500,000 pekerja asing dari Bangladesh secara berperingkat mulai April lalu.
Situasi ini pastinya akan menambahkan lagi jumlah `abang bangla’ di Malaysia.
Mereka akan menokok sejumlah 326,669 rakyat Bangladesh sedia ada yang bekerja di Malaysia dengan jumlah majoriti di sektor perkilangan dan sektor pembinaan.
Angka hampir 1 juta pekerja asing Bangladesh dijangka akan berada di negara ini dalam masa terdekat.