Mohamed Salah sememangnya dikenali kerana kemurahan hatinya. Pada Mac 2018 misalnya penyerang sayap Liverpool ini mendermakan 12 juta Pound Mesir kepada lebih 57 ribu hospital di Mesir.
Derma itu bertujuan untuk membantu kos rawatan kanak-kanak di negara tersebut yang mengalami penyakit kanser, terutamanya kanser tulang yang menjadi masalah utama di Mesir.
Terbaru pemain antarabangsa dan Piala Dunia Mesir ini sekali lagi mengembalikan senyuman kepada kanak-kanak yang bernasib malang.
8-year-old Hamis al Gacir lost part of his leg in a bomb attack in Syria, but he still loves playing football.@MoSalah sent him a signed boot ❤️ pic.twitter.com/XTKDASg9iY
— B/R Football (@brfootball) February 19, 2020
Kali ini Salah menghadiahkan sepasang kasut but yang ditandatanganinya kepada seorang kanak-kanak mangsa serangan bom di Syria.
Kanak-kanak berusia 8 tahun itu dikenali sebagai Hamis Al Gacir dan kudung kaki akibat serangan bom rejim Assad di Idlib, Syria.
Akibat serangan tersebut, Hamis kini kudung dan memakai kaki palsu. Beliau bagaimanapun melarikan diri ke Hatay di wilayah Turki berdekatan dengan Syria.
Minggu ini Hamis menerima kejutan dari idolanya itu sebagai tanda sokongan ketika dia berdepan tempoh yang sukar.
Beberapa gambar turut dirakam menampilkan kegembiraan Hamis yang sempat bergaya dengan kasut but tersebut.
Turut disertakan adalah bingkai tertera poster ilustrasi pemain itu.