“Barcelona tidak akan mempertahankan diri sahaja, kami akan lawan balik” – itu adalah antara kata-kata Presiden Joan Laporta di dalam sebuah video yang disiarkan di media sosial kelab baru-baru ini.
Laporta konsisten mendakwa Barcelona tidak bersalah dalam kes El Caso Negreira, dan sebarang cubaan daripada mana-mana pihak yang mahu menyabitkan kesalahan kepada kelab itu akan mendapat respon yang keras.
Kata-kata daripada Laporta baru-baru ini turut ditujukan kepada UEFA yang mengikuti secara rapat kes tersebut. Badan tersebut dikatakan akan menyingkirkan Barcelona daripada semua pertandingan eropah disebabkan kes rasuah itu.
🔜 Laporta dará explicaciones en rueda de prensa sobre el 'caso Negreira' en abril.
🎙️ Así lo ha confirmado el vicepresidente deportivo del Barça, Rafa Yuste, quien afirmó tener el "absoluto convencimiento" de que la UEFA no les excluirá de la Champions. pic.twitter.com/MHCGQnYbGw
— EFE Deportes (@EFEdeportes) March 31, 2023
Buat masa ini La Liga masih lagi menyiasat kes tersebut walaupun menolak sebarang kemungkinan tindakan berbentuk penyingkiran.
UEFA juga tidak ketinggalan membuka kes siasatan pada minggu lalu, tetapi tindakan daripada badan bola sepak eropah itu tidak akan terhad kepada denda semata-mata. Barcelona setakat ini berkata mereka akan bekerjasama dengan semua pihak untuk siasatan.
Barcelona menjangkakan mereka akan kerugian tidak kurang daripada €100 juta semusim sekiranga dihalang beraksi di Champions League. Ini tidak termasuk impak lain yang berkaitan seperti penajaan.
Dan Barcelona kini sedia menyaman UEFA dengan jumlah yang sama sekiranya badan bola sepak eropah itu menghalang kelab itu daripada beraksi di pentas elit eropah itu disebabkan kes tersebut.
🗣 Yuste: Estou convencido de que a UEFA não nos vai punir. Laporta pretende esclarecer este mês pic.twitter.com/VRL10gQYH7
— Ramon Santos 🇪🇸 (@Ramonsouzasan17) March 31, 2023
Satu-satunya perkara yang menghalang UEFA daripada terus bertindak adalah kerana mereka tidak boleh masuk campur di dalam kes yang masih di dalam siasatan oleh badan lain. Perkara itu jelas dinyatakan di dalam perlembagaan UEFA sendiri.
Ini bermakna UEFA tidak boleh mengambil sebarang sisasatan walaupun turut melakukan siasatan sehingga keputusan daripada Mahkamah Sepanyol menyelesaikan kes tersebut.
Sekurang-kurangnya tempoh tersebut memberikan sedikit ruang untuk Barcelona bernafas dan merangka strategi seterusnya sekiranya UEFA memutuskan tindakan diambil terhadap kelab Catalan itu.
Ia mungkin mengambil masa sehingga bertahun untuk kes tersebut diselesaikan di Sepanyol. Tetapi ia tidak akan menghalang UEFA mengambil tindakan terhadap kes kewangan kelab itu, dijangka akan dilakukan pada musim panas ini.