Borussia Mochengladbach meletakkan kadbod terdiri daripada gambar penyokong mereka di dalam stadium.
Dilaporkan sbanyak 13,000 kadbod diletakkan di dalam stadium dan atas permintaan penyokong mereka sendiri.
Ada yang menganggap ia seperti crowd dalam permainan FIFA dan PES. Kerana apabila kamera dari atas ianya memang nampak begitu.
Mönchengladbach was supported by 13,000 card fans for today's game against Leverkusen👏👏 pic.twitter.com/p9UTmFcIZn
— M23 (@m23_ft) May 23, 2020
Namun demikian, penyokong kadbod hanya pegun. Hampir tiada bezanya dengan aksi pemain Monchedladbach selepas dua gol Kai Havertz membantu Leverkusen merekodkan kemenangan di hadapan penyokong pegun mereka itu.
#Covid19 nedeniyle seyircisiz oynanan Borussia Mönchengladbach-Bayer Leverkusen karşılaşmasında ev sahibi ekibin tribünlerine 13 bin karton taraftar yerleştirildi.
Beşiktaş neden yapmasın?
— Sinyor Tinerci 🏠 (@SinyorTinerci) May 23, 2020
Kai Havertz has scored yet again 🔥 #BMGB04 #BundesligaIsBackpic.twitter.com/RMY1ymNlSW
— VBET News (@VBETnews) May 23, 2020
Selepas menjaringkan dua gol untuk Leverkusen ketika menewaskan Werder Bremen 4-1 pada minggu lalu – pemain antarabangsa Jerman itu menyempurnakan peluang dari jarak dekat untuk pasukannya pada perlawanan malam tadi.
Haverts menggandakan jaringan ketika perlawanan berlangsung hampir sejam selepas VAR mengesahkan Karim Bellarabi dikasari di dalam kotak penalti.
Kai Havertz opens the scoring (+550) to give Leverkusen a 1-0 lead pic.twitter.com/EVNz33plNe
— Ralph Wiggum (@RalphWStats) May 23, 2020
Gol kedua tersebut tiba hanya enam minit selepas tuan rumah cuba menceriakan 13,000 pemilik kadbod yang berada di dalam stadium melalui gol penyamaan Marcus Thuram.
Tandukan melalui Sven Bender kemudian melengkapkan kemenangan Leverkusen ketika perlawanan berbaki sembilan minit.
Kai Havertz scores a double ⚽️#BMGB04 pic.twitter.com/bKghGxmlby
— VBET News (@VBETnews) May 23, 2020
Kemenangan ini turut membenarkan Leverkusen melonjak mengatasi Monchengladback untuk berada di kedudukan ketiga, lapan mata d belakang pendahulu Bayern Munich.
Leverkusen kini turut telah menang sembilan dari 11 perlawanan, dan merekodkan jumlah mata terbaik selepas 27 perlawanan sejak musim 2010/11.
No player in Bundesliga history has scored more goals before their 21st birthday than Kai Havertz: 34 and counting.
A must-watch talent. 📺 pic.twitter.com/srWSR7s83l
— Squawka Football (@Squawka) May 23, 2020
Melalui Havertz, Leverkusen memiliki seorang pemain yang telah terlibat di dalam 12 gol di saingan Bundesliga sepanjang 2020 – rekod yang hanya diatasi oleh Erling Braut Haaland.
Kai Havertz has been directly involved in more goals than any other Bundesliga player in 2020:
❍ 15 games
❍ 11 goals
❍ 7 assistsKing Kai. pic.twitter.com/snvsIexyRP
— Squawka Football (@Squawka) May 23, 2020
Havertz kini turut telah menyamai rekod Klaus Fischer, apabila menjaringkan 34 gol di Bundesliga sebelum genap berusia 21 tahun.
Fischer yang pernah menyarung jersi 1860 Munich, Schalke, Cologne and Bochum diantara 1968 sehingga 1988 menjaringkan 268 gol di Bundesliga.