Tidak dapat dipastikan atas dasar apa atau hujah yang akan digunapakai oleh Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) untuk menegakkan kebenaran di dalam kes ini.
Namun KAFA dikatakan akan mengheret Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) ke Mahkamah Timbang Tara (CAS), selepas badan induk bola sepak dunia itu berhubung tuntutan gaji bekas pemain importnya, Casio Francisco De Jesus berjumlah RM629,620.28.
Malah kes tersebut telah dihantar kepada CAS untuk difailka, bertujuan mengenepikan dan membatalkan keputusan oleh FIFA itu.
Perkara tersebut disahkan sendiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Bertindak KAFA, Ahmad Muzakkir Hamid melalui muat naik yang beliau lakukan di Facebook pada hari ini.
Perkembangan terkini KAFA1- Pihak KAFA telah menfailkan rayuan utk mengenepi dan membatalkan keputusan FIFA ke…
Posted by Ahmad Muzakkir Hamid – Page on Sunday, 17 May 2020
“KAFA juga memohon penangguhan pembayaran denda sehingga keputusan rayuan diputuskan. Namun CAS masih belum memutuskan sama ada permohonan ini dibenarkan atau tidak,” kata Muzakkir.
“Sekiranya dibenarkan, KAFA diberi tempoh untuk membuat bayaran sehingga keputusan terbabit diputuskan [oleh CAS],” katanya.
Sebelum ini KAFA telah diarahkan oleh FIFA untuk menjelaskan tunggakan gaji Casio sebelum 23 Mei ini.
Pasukan bolasepak Kelantan berdepan kemungkinan yang mereka tidak akan dapat meneruskan saingan jika tidak dapat menyelesaikan isu kewangan yang melanda sekarang. Kelantan masih belum membayar tunggakan gaji sebanyak RM 630 ribu kepada bekas pemain mereka Casio de Jesus. pic.twitter.com/iiyZlLyvHw
— KOPPA (@koppatv) May 14, 2020
Dalam usaha menyelesaikan masalah tersebut, KAFA telah melancarkan satu tabung khusus untuk membenarkan peminat dan penyokong untuk turut serta menghulurkan bantuan.
“Setakat jam 12 tengah hari ini (Ahad), jumlah terkumpul adalah RM12,4000.
“Mengenai tabung ini, kita jangkakan lebih ramai lagi penderma jika rayuan diterima,” katanya.
Menurut laporan berasingan dari akhbar pula, mendedahkan KAFA masih mempunyai 6 kes lain bersama FIFA berhubung tunggakan gaji pemain.
Kes tersebut melibatkan hutang kira-kira RM2 juta membabitkan tunggakan gaji pegawai dan pemain import.