Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) bertindak memperkenalkan tabung bantuan khusus untuk menjelaskan tuntutan gaji bekas pemain import, Casio Francisco de Jesus.
KAFA sebelum ini diarahkan oleh Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) untuk membayar Casio Jesus RM629,620.20 di dalam tempoh 30 hari, yang akan berakhir pada 23 Mei hadapan.
Kegagalam berbuat demikian akan menyebabkan KAFA berhadapan risiko digantung seperti Persatuan Bola Sepak Perlis, akibat masalah yang sama.
“Kita (KAFA) tidak mempunyai banyak masa, tambahan pula Liga Malaysia (Liga-M) ditangguhkan akibat Covid-19, pasti menyulitkan persatuan untuk mendapatkan sumber kewangan mencukupi untuk membayar tuntutan tersebut,” ujar Pengerusi Jawatankuasa Bertidak KAFA, Ahmad Muzakkir melalui satu siaran media pada hari ini.
“Oleh itu, KAFA membuat keputusan memohon bantuan orang ramai terutama peminat dan penyokong setia The Red Warriors (TRW) untuk menderma atas nama Persatuan Bolasepak Kelantan.
“Bagi mereka yang mahu tampil membantu, bantuan tersebut boleh dilakukan ssecara dalam talian (online) di nombor akaun 553010630676 (Maybank).
“Pihak KAFA juga akan memaklumkan jumlah kutipan ini dari masa ke semasa dan penderma juga boleh menghantar salinan resit sebagai bukti melalui WhatsApp di talian 013 9283293,”jelasnya.
#SIARANMEDIAKAFAKAFA BUKA DERMA ATAS TALIAN SELAMATKAN BOLASEPAK KELANTAN9 Mei 2020Merujuk kepada perkembangan…
Posted by Kelantan FA on Saturday, May 9, 2020
Ahmad Muzakkir juga menjelaskan kegagalan persatuan menjelaskan apa jua tuntutan yang diarahkan FIFA bakal merumitkan lagi keadaan.
“Pasti hukuman lebih berat akan diterima KAFA dan pasti menjejaskan harapan pasukan TRW yang sedang bersaing dalam Liga Perdana ketika ini.
“Dengan rendah diri, KAFA merayu serta menagih simpati pada semua untuk membantu dalam hal ini demi pasukan kesayangan kita.
“Bantulah KAFA dengan seada dan semampunya.”