Penyerang veteran Lee Dong-gook menanduk masuk gol tunggal perlawanan untuk memberikan Jeonbuk Hyundai Motors kemenangan 1-0 ke atas Suwon Samsung Bluewings dalam perlawanan pembukaan K-League selepas tertangguh akibat penularan wabak global.
Penyerang berusia 41 tahun itu tampil dari bangku pemain simpanan untuk memastikan Jeonbuk mengutip tiga mata penuh di Stadium Piala Dunia yang kosong tanpa kehadiran penonton.
Ex-Middlesbrough striker Lee Dong-gook celebrated his goal in the K-League season opener by doing hand signals to thank South Korean medical staff for their work during the coronavirus pandemic 👏
Watch LIVE:
📱💻 https://t.co/422ZZNu5gU
📺 @BBCiPlayer pic.twitter.com/NyjSHh5HYW— Match of the Day (@BBCMOTD) May 8, 2020
Gol dari bekas penyerang Middlesbrough dan Fulham itu hadir selepas Suwon beraksi dengan 10 pemain apabila Terry Antonis dilayangkan kad merah akibat kekasaran terhadap Son Jun-ho.
Dong-gook meraikan jaringan tersebut dengan tanda bagus sebagai penghargaan kepada pejuang barisan hadapan sepanjang tempoh penularan wabak pembunuh ini.
🎥 #KLeague Moment
🦁 Another look at The Lion King, Lee Dong-gook's opening goal. #KLeague | #K리그 | #JEOvSSB pic.twitter.com/GT2dz0Ozeo
— K League (@kleague) May 8, 2020
Dalam perlawanan yang dianggap ‘janggal’ kerana atmosferanya, Suwon dilihat mampu mengekang Jeonbuk sehinggalah gol babak akhir oleh Lee.
Perlawanan pembuka tirai K-League pada Jumaat ini menjadi tumpuan peminat bola sepak di seluruh dunia, terutama kepada yang cuba membayangkan bola sepak pasca lockdown dan penularan wabak.
Tempat duduk stadium kosong, kecuali kehadiran beberapa pegawai dan pengurus Korea Selatan – semuanya memakai topeng muka.
🎥 Highlights | @Jeonbuk_hyundai 1-0 @bluewingsfc
⌛️ A late Lee Dong-gook goal seals the victory for Jeonbuk in the 2020 season opener. #KLeague | #K리그 | #JEOvSSB pic.twitter.com/FhQZ5by5wn
— K League (@kleague) May 8, 2020
Di bangku simpanan, semua pemain menggunakan topeng muka. Jeonbuk sedikit bergaya kerana menggunakan topeng muka jenama sendiri tertera Jeonbuk Motors. Begitulah juga jurulatih dan pegawai perlawanan di kawasan teknikal.
Di atas padang, pemain tidak memakai topeng muka, tetapi pemain tidak dibenarkan berjabat tangan. Pemain tidak dibenarkan meludah atau bercakap kepada satu sama lain secara dekat.
Atmosfera perlawanan berlangsung dalam keadaan senyap sepanjang perlawanan – selain daripada kedengaran jeritan pemain.
75’ @Jeonbuk_hyundai 0-0 @bluewingsfc
🟥 Terry Antonis sees red and the visitors are down to 10 men for the final 15 minutes.#KLeague | #K리그 | #JEOvSSB pic.twitter.com/M3sqK6y3Eu
— K League (@kleague) May 8, 2020
Sepertimana perlawanan biasa, perlawanan ini turut dihiasi dengan layangan kad merah dan juga keputusan VAR yang membatalkan jaringan.
Adakalanya kedengaran suara penyokong yang dimainkan dan ia kedengaran seperti keadaan sebenar. Kemudian ia diikuti oleh wisel penamat yang membelah kesunyian sepanjang 90 minit perlawanan berlangsung.
Bundesliga dilaporkan akan menjadi pertandingan seterusnya yang akan disambung kembali. Sedikit sebanyak, kesunyian sama turut akan dilalui oleh semua pasukan di seluruh dunia – buat masa ini.