Juventus Mahu Pinjam Alvaro Morata Untuk Setahun Lagi

Juventus mahu mengekalkan penjaring gol sensasinya , Alvaro Morata untuk kontrak setahun pinjaman lagi bersama kelab itu yang bernilai 10 juta euro daripada membayar 40 juta euro kepada kelab Atletico Madrid sebagai pembelian tetap.

 

Alvaro Morata yang dipinjamkan ke kelab Juara Serie A Itali itu bermula 22 September 2020 lalu. Pemain itu telah menunjukkan prestasi yang mengagumkan dengan menjaringkan gol bagi kelab itu enam gol daripada 8 perlawanan.

Bos Juventus , Andrea Pirlo memuji persembahan yang ditunjukkan oleh pemain kelahiran Sepanyol itu dan menjadikan salah seorang penyerangnya yang sentiasa berada dalam kesebelasan utama selain Pablo Dybala.

Juventus sedang mengalami masalah kewangan yang serius disebabkan pandemik Covid-19 yang mengakibatkan tiada pendapatan langsung dari kehadiran penonton ke stadium dan terpaksa membuat penstrukturan gaji pemain-pemain termasuk secara terbuka mahu menjual Cristiano Ronaldo.

Sebelum ini Alvaro Morata berada dipuncak prestasi bersama kelab Old Lady itu pada tahun 2014 -2016 telah menjaringkan 27 serta 18 bantuan gol dalam 93 perlawanan sebelum dia berpindah ke kelab Real Madrid dan Chelsea.

Alvaro Morata berada di belakang Cristiano Ronaldo sebagai penjaring terbanyak berbeza dengan rakan pasukannya Pablo Dybala yang cuma dapat menjaringkan satu gol sahaja setakat ini. Pemain yang mempunyai 28 cap antarabangsa Sepanyol ini memberikan petunjuk bahawa mahu kekal dengan pasukan Juventus.

Hujung bulan lalu Alvaro Morata berkata dia telah menemui rentak sentuhan pemusnahnya di Stadium Allianz yang berpengkalan di Turin itu setelah berusaha berjuang untuk mendapatkan kembali prestasi asalnya.

 

Kongsi artikel ini