Jurulatih Dari Sepanyol Ganti Datuk K. Rajagopal

Jurularih dari Sepanyol, Mario Rivera telah dilantik oleh Persatuan Bola Sepak Brunei (Brunei FA) sebagai Ketua Jurulatih skuad kebangsaan yang baharu.

Jawatan Ketua Jurulatih Brunei menjadi kosong selepas Datuk K. Rajagobal meninggalkan pasukan itu pada Januari lalu.

Rajagopal meninggalkan Brunei pada ketika itu walaupun masih mempunyai baki kontrak selama setahun atas persetujuan bersama.

Sejak dibawah kendalian Rajagobal, Brunei tidak menghadapi sebarang perlawanan persahabatan antarabangsa dan turut menarik diri daripada aksi play-off Piala Suzuki AFF 2020 menentang Timor Lester tahun lepas.

Tanpa bekas pengendali skuad Harimau Malaya dan PKNS FC itu, Brunei dikendalikan oleh Rosanan Samak secara interim.

Mario Rivera pula adalah jurulatih berusia 45 tahun dan sebenarnya bukan watak asing kepada pasukan Brunei kerana pernah bersama skuad B-21 Tahun negara itu pada 2018.

Mempunyai pengalaman bersama skuad remaja Atletico Madrid, Celtic dan Leganese, Mario Rivera sebelum ini turut pernah bergelar Juruanalisis dan turut pernah mengendalikan beberapa pasukan di India.

Tidak membuang masa, Rivera akan terus mengendalikan pasukan kebangsaan Brunei menghadapi kejohanan tiga negara yang turut akan membabitkan Maldives dan Laos bermula 21-25 September ini.

Pasukan Brunei kini menduduki ranking ke-188 dunia dan sudah lama tidak memenangi apa-apa kejuaraan di peringkat antarabangsa. Pencapaian terbaik Brunei ialah meraih kedudukan ke 4 dalam Piala Solidariti AFC pada tahun 2016.

Kongsi artikel ini