Jurgen Klopp dianggap telah berjaya menghimpunkan sebuah skuad Liverpool yang menakjubkan pada hari ini. Tetapi siapakan pemain terbaik di kalangan mereka di mata pengendali dari Jerman itu?
Liverpool kini mengharapkan hanya dua kemenangan untuk menyelesaikan misi mereka menamatkan kemarau kejuaraan liga berusia 30 tahun.
Ia sepatutnya sudah disempurnakan selewat-lewatnya pada bulan ini jika tidak kerana masalah kesihatan global yang melanda setiap benua seperti pada hari ini.
Sejak beberapa tahun lalu, Klopp telah membawa masuk ramai pemain ke dalam skuad utama Liverpool termasuk pemain yang nilainya pernah memecah nilai rekod dunia seperti Alisson dan Virgil van Dijk.
Lain macam perbandingan kali ini. Tetapi statistik tidak menipu.
Posted by Grandstand Semua on Friday, January 24, 2020
Harus diakui kedua-dua pemain telah membuktikan diri mereka berbaloi untuk setiap sen yang Liverpool laburkan untuk mereka.
Namun melalui satu podcast di Jerman, Klopp menamakan bek kiri, Trent Alexander-Arnold sebagai pemain terbaik yang berada di dalam skuad Liverpool pada hari ini.
“Ia adalah Trent. Kami tidak perlu membeli beliau tetapi pembantu saya Pep Linders memperkenalkan Trent dan berkata pemain ini boleh bermain sebagai No.6 untuk saya. Be;iau juga boleh bermain sebagau full-back, sayap kanan, sayap kiri.
“Dan pemain itu datang tetapi dengan satu masalah. Trent tidak cukup cergas.
“Tetapi beliau adalah pemain muda, dan kecergasan adalah satu isu. Pada masa sama kami menilai dari segi keupayaan bola sepak. Wow! sememangnya beliau tidak ada yang meragukan.
Trent Alexander-Arnold in the 19/20 Premier League (league rank):
1709 total carries (2nd)
364 progressive passes (1st)
308 attempted crosses (1st)
169 switches of play (1st)
73 chances created (3rd)
68 passes to box (2nd)
12 assists (2nd)
8.6 xA (2nd)Generational. 🎯🎯🎯 pic.twitter.com/3WKGhThIOZ
— Statman Scouts (@StatmanScouts) April 25, 2020
“Kerana beliau kurang kecergasan, maka kita perbaiki itu. Kemudian langkah demi langkah, beliau melakukannya sendirian dan ia adalah sesuatu yang menakjubkan untuk dilihat [perkembangan].
“Kemudian beliau melakukan kesilapan, dan tidak menyerah kalah.”
Pemain berusia 21 tahun itu melakukan penampilan pertama bersama Liverpool pada 2016 dalam perlawanan Piala Liga menentang Tottenham.
Penampilan sulung Trent di Premier League pula tiba beberapa bulan selepas itu ketika berhadapan Manchester United.
Pemain itu kemudian tampil dalam 125 perlawanan untuk The Reds dan menjadi watak utama skuad kendalian Klopp.
Seperti Andrew Robertson yang tiba di Nfield hanya dengan nilai £8 juta dan turut boleh dinamakan sebagai pemain terbaik oleh Klopp, kedua-duanya cemerlang beraksi di bahagian sisi untuk Liverpool.
Musim ini Trent Alexander-Arnold menghasilkan 12 assist di Premier League, menjadikan beliau pemain kedua menghasilkan assist terbanyak di pertandingan itu selepas Kevin de Bruyne yang mempunyai kelebihan empat assist.