Benar, anda mungkin sudah mendengar lebih daripada 50 nama pemain dari seluruh dunia yang dikaitkan dengan Manchester United sebelum ini.
Namun hanya dua pemain yang jelas sedang diburu oleh pengurusan The Red Devils. Pertama adalah Bruno Hernandez, dan kedua adalah pemain remaja berusia 16 tahun, Jude Bellingham.
Manchester United dikatakan mempunyai kelebihan sebelum ini untuk mendapat tandatangan pemain muda ini.
Namun seperti biasa, bagaikan titisan hutan dibatasnya kemarau, Dortmund dilaporkan menjadi pilihan utama pemain ini.
Siapa Jude Bellingham?
Bellingham mencipta sejarah kelab pada 6 Ogos 2019 apabila pada usia 16 tahun 38 hari tampil sebagai pemain termuda menyarung jersi skuad senior.
Penampilan itu memecahkan rekod yang dicipta oleh Trevor Francis pada 1970, apabila Bellingham turun beraksi dalam perlawanan Piala Carabao menentang Portsmouth.
4 years earlier…😂😂🙈 pic.twitter.com/c0QqmwXgOj
— Jude Bellingham (@BellinghamJude) August 7, 2019
Pada hujung bulan itu pula, Bellingham memecahkan satu lagi rekod milik Francis untuk menjadi penjaring termuda kelab – tampil dari bangku simpanan untuk menjaringkan gol kemenangan ke atas Stoke City.
Mereka yang pernah mendidik Bellingham di akademi bola sepak Birmingham sebenarnya tidak terkejut dengan pencapaian pantas pemain ini bersama skuad senior.
“Ketika Jude [Bellingham] menyertai kumpulan unur 12 tahun, ia amat jelas beliau belajar perkara dengan pantas. Beliau menunjukkan respon yang cepat di dalam latihan dan perlawanan,” kata pengurus akademi Birmingham, Kristian Speakman kepada BBC.
“Beliau sentiasa cepat menyesuaikan diri bermain dengan kelompok peringkat usia yang lebih tinggi kerana beliau adalah pemain yang mempunyai kepintaran luar baiasa.”
Pada usia 13 tahun Bellingham sudah mewakuli England Bawah 15 Tahun dan telah menulis sebuah rencana mengenai debut nbeliau menentang Turki di St.George’s Park – yang dimuat naik ke dalam website sekolah.
Start of the decade vs The end of the decade🤣Living my dream!💙#KRO pic.twitter.com/ntmYOXEsJu
— Jude Bellingham (@BellinghamJude) December 31, 2019
“Mata saya tidak berkerdip kerika melihat jersi England yang dikhususkan kepada saya terlipat kemas di hadapan mata,” tulis Bellingam yang selepas itu dilantik selaku kapten skuad Three Lions Bawah 17 Tahun.
“Perasaan memijakkan stud kasut ke permukaan padang dengan jersi rasmi England harus diketepikan sementara untuk memberikan fokus terhadap tugas yang diberikan.
“Kegembiraan adalah satu-satunya perkataan yang boleh membayangkan hari yang indah ini,” tulisnya lagi pada ketika itu.
Siapa sangka hanya dua tahun selepas itu Bellingham kini adalah pemain utama Birmingham dan perlawnanan terakhir menentang Middlesbrough sebelum ini dikatakan telah mengundang separuh dari eropah (wakil kelab) untuk memantau aksi beliau.
United atau Dortmund?
Pada Januari lalu secara tiba-tiba, Manchester United dikaitkan dengan pemain tengah Birmingham Citu, Jude Bellingham.
Pengurus pasukan, Ole Gunnar Solskjaer pernah berkata antara falsafah bola sepak Man United untuk melakukan pembelian pemain adalah pemain itu haruslah berusia muda, sentiasa dahagakan kejayaan dan juga berdarah Inggeris.
Falsafah ini akan sentiasa menjadi keutamaan untuk mendapatkan pemain baharu, sebagaimana United telah mendapatkan Daniel James dan Aaron Wan Bissaka sebelum ini.
Only two players to have played more than 1500 minutes in the Championship this season have averaged more tackles per 90 than Jude Bellingham (3.2)
💪 Statistical strengths:
Finishing
Defensive contribution
Through balls
Ball interception
Tacklinghttps://t.co/0rxy1QCl4o pic.twitter.com/VoKUurr7xc— WhoScored.com (@WhoScored) January 22, 2020
Untuk Bellingham, United dilaporkan telah menawarkan £30 juta untuk pemain berusia 16 tahun ini pada Januari lalu.
Namun itu sekadar rumors, dan tampak tidak benar setelah United menjadikan Bruno Fernandes sebagai keutamaan pada Januari lalu.
Bellingham dikatakan telah menarik minat beberapa kelab utama EPL selepas menjadi pemain utama bersama Birmingham.
Musim ini, beliau telah tampil dalam 25 perlawanan dan menjaringkan empat gol.
Arsenal dikatakan juga menjadi kelab yang mengikuti rapat perkembangan pemain tersebut.
BREAKING: Manchester United have made a bid in excess of £30m for Birmingham's 16-year-old midfielder Jude Bellingham (Sky Sports) pic.twitter.com/STKaRKmYA3
— SPORTbible (@sportbible) January 22, 2020
Situasi terkini dan laporan daripada The Athletic berkata Dortmund sudah pun mempersetujui jumlah yuran perpindahan dengan Birmingham untuk pemain ini.
Namun United dikatakan enggan menyerah kalah, dan Ed Woodward bersama Matt Judge dilaporkan enggan memberikan sebarang komen buat ketika ini dalam usaha mereka mendapatkan Bellingham.