Juara Regu Lelaki Dunia Panjat Satu Anak Tangga, Zee Jia Kini No.4 Dunia Ranking BWF

Juara acara beregu lelaki dunia, Aaron Chia-Soh Woi Yik berjaya menempatkan diri ke tangga kelima dunia selepas bergelar juara Kejohanan Badminton Dunia BWF 2022 yang berlangsung di Tokyo, Jepun semalam.

Gandingan Aaron-Wooi Yik berjaya muncul juara dunia selepas menewaskan regu dari Indonesia, Mohamad Ahsan-Hendra Setiawan 21-19, 21-14 dalam perlawanan akhir semalam.

Regu dari Indonesia itu bagaimanapun terus berada di kedudukan ketiga dunia di dalam senarai terbaru ranking yang dikeluarkan oleh Konfederasi Badminton Dunia (BWF) sebentar sahaja tadi.

Turut tersenarai di dalam kelompok 16 teratas adalah gandiungan Ong Yew Sin-Teo We Yi yang naik satu anak tangga di kedudukan kesembilan, dan regu Goh Sze Fei-Nur Izuddin yang kekal sebagai rgue ke-12 di dalam kedudukan tersebut.

Satu lagi pasangan dari Malaysia, Goh V Shem – Tan Wee Kiong pula turun satu anak tangga untuk berada di kedudukan ke-16 ranking terbaru BWF.

Berbanding Aaron-Wooi Yik, gandingan V-Shem-Wee Kiong tersingkir seawal hari ketiga kejohanan kepada pasangan Denmark, L. Mølhede-J. Bay.

Gandingan Sze Feri-Izuddin pula disingkirkan oleh Aaron-Wooi Sik di peringkat berikutnya selepas sebelum itu cemerlang menewaskan regu dari Ireland J. Magee-P. Reynolds 21-13, 21-12 pada hari ketiga kejohanan.

Pasangan Yew Sin-We Yi pula ditewaskan oleh pasangan dari Singapura pada peringkat yang sama.

Lee Zi Jia No.4 terbaik dunia

Walaupun tersingkir awal di peringkat 16 pemain terbaik kepada pemain China, J.P. Zhao di kejohanan kali ini, pemain perseorangan utama negara tetap berjaya naik satu anak tangga ke kedudukan ke-4 di dalam ranking terbaru BWF ini.

Ia sekurang-kurangnya akan membantu Lee Zi Jia untuk berada di dalam seeding yang lebih baik ketika undian untuk kejohanan seterusnya.

Kutipan mata oleh Z Jia bagaimanapun masih jauh berbanding tiga pemain terbaik dunia, Viktor Axelse (122,606), Kento Momota (110,904), dan Anders Antonsen (96,500).

Kekalahan Zi Jia kepada pemain dari China, J.P Zhou yang menduduki tangga ke-23 dunia seawal pusingan ketiga kejohanan sebelum ini mengundang kritikan terhadap beliau selepas turut terlepas beberapa kejohanan dunia lain termasuk Sukan Komanwel semata-mata untuk memberikan fokus kepada kejohanan ini.

Apa-apa pun, semoga Zi Jia yang baharu bergelar pemain profesional lapan bulan yang lalu mampu bangkit selepas ini dan melupakan kekecewaan di Tokyo.

Kongsi artikel ini