Bekas pemain kebangsaan Sepanyol , Juan Manuel Mata Garcia , telah bersetuju untuk memanjangkan lagi kontraknya bersama dengan kelab Manchester United untuk setahun lagi sehingga Jun 2022.
2️⃣0️⃣2️⃣2️⃣ 🔏
🪄 @JuanMata8 has extended his stay at United! 🔴#MUFC
— Manchester United (@ManUtd) July 2, 2021
Perkara ini telah disahkan oleh pengurusan kelab gergasi Inggeris ini yang mengeluarkan kenyataan rasmi di laman Twitter mereka.
Kelab itu menyatakan :-
“Pengaruh Pemenang Piala Dunia ini sangat besar kepada pasukan Solksjaer terutama kepada pemain muda serta memperkukuhkan pasukan adalah satu penghargaan dan pengurus , Ole Solksjaer terus memberikan sokongan penuh kepada pemain Sepanyol ini.”
Pemain yang berusia 33 tahun ini yang dibeli pada Januari tahun 2014 daripada Chelsea telah membuat penampilan sebanyak 271 perlawanan , 51 jaringan gol dan 40 assist sepanjang kariernya di Red Devils semasa Jose Mourinho mengambil alih tugas sebagai pengurus daripada David Moyes.
📊 Juan Mata's #mufc career:
👥 271 appearances
👤 207 starts
⚽️ 51 goals
🎯 40 assists
🥅 0.47 goal involvements per 90🤔 Are you happy with his one-year extension? pic.twitter.com/PHNToyEvXl
— UtdDistrict (@UtdDistrict) July 2, 2021
Pemain yang memakai jersi nombor 8 menyertai Manchester United dengan yuran perpindahan €46 juta daripada kelab lamanya ini akan bermain untuk lapan musim merupakan pemain yang masih mendapat kepercayaan Solksjaer walaupun jarang diturunkan dalam perlawanan dalam mana-mana kejohanan yang disertai oleh Manchester United pada musim 2020/2021.
Sebelum ini , Edinson Cavani seorang penyerang veteran juga bersetuju untuk kekal di kelab berkenaan selama setahun lagi dan menjadikan kedua-dua pemain ini sebagai mentor kepada pemain-pemain muda berbakat seperti Rashford , Amad serta beberapa pemain muda lain termasuklah Jadon Sancho yang baru sahaja berpindah daripada kelab Borussia Dortmund.