Expand To Show Full Article
Jual AS Roma dengan Nilai £533 Juta, James Pallota Mahu Beli Newcastle United - Grandstand Kita

Jual AS Roma dengan Nilai £533 Juta, James Pallota Mahu Beli Newcastle United

Kebanyakkan penyokong Newcastle United amat membenci Mike Ashley. Kerana itu rata-rata daripada mereka kecewa apabila pengambilalihan The Magpies oleh konsortium Arab Saudi tidak menjadi kenyataan.

Namun demikian harapan penyokong The Magpies untuk melihat Ashley lenyap dari St. Jame’s Park dihidupkan kembali apabila jutawan Amerika Syarikat bersedia untuk mengambil alih kelab tersebut dari Ashley.

Dan perkhabaran itu semakin diyakinkan apabila Pallota berjaya menjual Roma dengan nilai £533 kepada rakan senegara, Dan Friedkin selepas berbulan-bulan melakukan rundingan.

“Sejak beberapa bulan lalu Dan dan Ryan Friedkin telah menyatakan komitmen penuh untuk memuktamadkan perjanjian ini dan akan membawa kelab ini ke arah yang lebih positif,” ujar Pallota di laman sesawang Roma.

“Saya sangat yakin mereka bakal menjadi pemilik yang hebat untuk AS Roma.”

Dan Friedkin adalah CEO Kumpulan Friendkin dan akan mengesahkan pengambilalihan kelab tersebut pada hujung bulan ini.

Pallota memiliki Roma sejak 2011 sebelum mula mencari pembeli pada penghujung tahun lalu.

Persoalannya kini adakah Pallota akan melabur wang yang beliau perolehi dari penjualan AS Roma untuk mendapatkan Newcastle United?

Pada Januari lalu sebuah agensi berita di Itali, Adnkrono melaporkan Pallota mulai mendapatkan informasi mengenai pengambilalihan Newcastle United.

Dan Pallota dilaporkan mengikuti rapat perkembangan bidaan konsortium Arab Saudi terhadap kelab Liga Perdana Inggeris tersebut.

Usahawan itu memiliki nilai kekayaan £760 juta hasil pelbagai pelaburan dan industri profesional yang beliau lakukan.

Antara sebab beliau menjual AS Roma ialah kerana semakin kecewa dengan perkembanan untuk memiliki stadium baru yang perlu diluluskan oleh pihak perbandaran.

Berusia 62 tahun, jutawan yang juga pemilik Raptor Group, sebuah syarikat pelaburan peribadi selain merupakan kenalan kepada Sir Alex Ferguson

Kongsi artikel ini