Jose Mourinho Berwajah Baharu

Nampaknya pengurus Tottenham Hotspur, Jose Mourinho telah mengubah penampilannya pada cuti musim sejuk berdasarkan gambar terbaru yang telah tular.

Pengurus yang menggelar diri ‘The Special One’ sebelum ini dikenali dengan gaya rambut sedikit beruban, disisir kemas yang menampilkan usia dan kematangan.

Namun penampilan terbaru Mourinho ini menampilkan sisi ‘Guardiola’ di dalam diri beliau, apabila tampil botak!

Ironinya sebelum ini Mourinho pernah mengejek Guardiola menjadi botak kerana stress bergelar pengurus bola sepak.

Pada 2014, Mourinho dipetik sebagai berkata:

“Jika anda benar-benar menikmati apa yang anda lakukan, anda tidak akan hilang rambut. Beliau [Guardiola] botak. Guardiola tidak menikmati bola sepak.”

Dan apabila beliau tampil dengan rambut baru pada musim 2014/15, Mourinho pernah menafikan raambutnya yang semakin nipis adalah disebabkan oleh stress kerana bola sepak.

“Saya berjanji dengan ada bahawa saya okay – tetapi saya tidak gembira. Saya tidak biasa dengan kekalahan yang banyak, tetapi saya menyesuaikan diri dengan cabaran baharu,” ujar Mourinho pada ketika itu.

“Gaya rambut saya tidaklah radikal seperti yang dilihat… peperangan mengenai gaya rambut sebenarnya lebih pendek dari ini.”

Baru-baru ini legenda Manchester Unuted mendedahkan beliau terpaksa melakukan penanaman rambut selepas mengalami masalah keguguran ketika bergelar pemain.

“Bola sepak memberikan banyak stress,” kata Giggs kepada kakitangan di Klinik MHR.

“Anda meletakkan diri anda berada dalam tekanan. Anda tahu apa akibatnya jika kalah perlawanan atau tidak beraksi dengan baik.

“Anda akan menjadi tumpuan jika melalui perlawanan yang teruk dan dikritik. Semua ini mewujudkan stress. Dan stress berkaitan langsung dengan masalah keguguran rambut.”

Jose Mourinho telah dilantik sebagai ketua jurulatih Tottenham Hotspur dengan perjanjian kontrak sehingga musim 2023.

Bekas pengurus Manchester United dan Chelsea itu menggantikan Mauricio Pochettino yang telah dipecat sebelum ini.

 

Kongsi artikel ini