Jordi Amat Beri Janji Selepas Proses Naturalisasi Sah Diteruskan PSSI

Pemain pertahanan import terbaru JDT, Jordi Amat pantas memberi dan mengulangi janji serta komitmen beliau kepada skuad kebangsaan Indonesia, selepas Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) mengesahkan proses naturalisasi pemain itu akan diteruskan.

Sebelum ini keputusan Jordi Amat untuk menyertai JDT dan beraksi di Liga Malaysia mendapat bantahan dan menjadi perdebatan penyokong bola sepak Indonesia.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by sepakbola INDONESIA (@sepakbolaid)

“Saya selalu siap dan akan memberikan yang terbaik untuk Indonesia,’’ janji Jordi Amat, seperti yang disiarkan di laman sesawang rasmi PSSI.

Bantahan penyokong Garuda

Ini kerana rata-rata penyokong bola sepak Indonesia mahukan pemain itu terus kekal di Eropah untuk memastikan kualiti pemain itu sentiasa kekal berada di tahap tertinggi.

Malah langkah Jordi Amat ke Liga Malaysia dianggap sebagai langkah ke belakang. Lebih teruk, pemain itu turut dituduh menyalahgunakan passport Indonesia yang diberikannya untuk mendapatkan slot pemain import ASEAN bersama JDT.

Atas sebab itu, timbul desakan agar Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) untuk tidak meneruskan proses naturalisasi pemain itu.

PSSI turuti permintaan Shin Tae-yong

Baru-baru ini Ketua jurulatih skuad kebangsaan Indonesia, Shin Tae-yong dilaporkan telah mengutus surat kepada PSSI mengenai pendirian beliau di dalam isu ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh PSSI, jurulatih dari Korea Selatan itu menuntut agar proses naturalisasi Jordi Amat diteruskan.

PSSI tidak mempunyai halangan terhadap perkara tersebut kerana calon pemain naturalisasi adalah pilihan daripada Ketua Jurulatih sendiri yang mengambil kira keperluan pasukan.

Malah PSSI sebelum ini berkata badan induk itu tidak akan masuk campur mengenai pilihan kelab yang akan disertai pemain.

Penjelasan Jordi Amat

Melalui perkongsian di media sosial peribadinya, pemain pertahanan tengah berusia 30 tahun itu pernah tampil menjelaskan sebab sebenar perpindahan beliau ke JDT.

“Halo semua follower yang saya hormati, sata membuat pernyataan ini untuk menjelaskan bahwa mengapa saya memilih JDT sebagai tim baru saya,” kata Jordi Amat membuka bicara.

“Hal pertama yang saya ingin klarifikasi adalah semua tuduhan yang salah terhadap saya, yang mengatakan bahwa saya ingin mendapatkan paspor Indonesia hanya untuk bisa bermain sebagai kuota Asia di tim baru saya JDT.

“Saya ingin semua orang tahu bahwa sebelum saya mengambil keputusan itu, saya juga mendapat beberapam tawaran dari beberapa Liga-Liga kuat dari negara lainnya.

“Saya bergabung dengan JDT bukan kerana uang semata, alasan saya bergabung dengan Johor adalah berdasarkan usaha saya beradaptasi di Asia, kerana kedekatan dengan Indonesia dan juga saya memungkinkan untuk lanjut berkompetisi di level tertinggi sepak bola Asia, kerana JDT bersaing di ACL, Asian Champions League.”

Kongsi artikel ini