Jersi ‘Kit – Away’ Liverpool Musim 2021?

Maklumat mengenai jersi ‘kit away’ kelab Liverpool untuk musim depan telah pun tersebar luas di halaman media sosial dari semalam.

Menurut perkongsian oleh pengguna Twitter @FulmerRawk menyatakan bahawa , The Reds akan mempunyai jersi di tempat lawan pada musim depan dengan warna putih dan hitam kelabu.

Seperti yang anda lihat rekaan ini adalah hasil oleh @FulmerRAW.

“ Kita berharap , musim depan kita boleh melihat para pemain Liverpool akan menggunakan jersi berwarna putih hitam kelabu kerana sudah bertahun kita tidak menyaksikan pemain menggunakan warna seperti ini.”

Walau bagaimanapun , setakat ini ia masih belum dapat dipastikan kesahihannya dan Liverpool mungkin akan membuat pengumuman rasmi berkenaan jersi yang baru untuk musim 2020/2021 sekiranya semua telah tersedia.

The Reds sebagai tuan rumah akan menanti kunjungan kelab di bawah bimbingan Brendan Rodgers , Leicester City yang sedang mendahului semua kelab Inggeris di tangga pertama pada hari Isnin ini

Liverpool yang bergelut dengan kecederaan pemain-pemain utama mengharapkan beberapa pemainnya kembali cergas setelah menghadapi tugasan antarabangsa seperti Fabinho dan Thiago.

Henderson dan Trent di dalam pemulihan dan Salah pula masih dikuarantinkan selepas keputusan kedua pemeriksaan Covid-19 masih positif lagi. Mereka terlepas dalam aksi liga minggu ke sembilan menentang Leicester City.

Kelab-kelab Liga Premier Inggeris akan menyambung kembali perlawanan EPL selepas terhenti selama dua minggu disebabkan perlawanan antarabangsa pada malam ini bermula dengan perlawanan antara Newcastle United menentang Chelsea jam 08.30 malam.

Kongsi artikel ini