Jerman akan memberikan Lionel Messi pasport jika pemain itu merasakan dirinya tidak dihargai di Argentina.
Itulah gurauan pemain legenda Jerman, Lothar Matthaus yang mahu melihat Messi beraksi di Bundesliga pada masa depan.
Messi memenangi 34 trofi bersama Barcelona. Namun pemain itu gagal menterjemahkan kejayaan di peringkat kelab ke peringkat antarabangsa bersama Argentina.
Sehingga kini, Messi sudah tewas dalam empat perlawanan akhir kejohanan utama yang disertai beliau bersama negaranya.
đ #OnThisDay in 2004
Messi made his international debut, scoring one goal and assisting two more for Argentina U-20 đ pic.twitter.com/OVMfTGsoET
â Goal (@goal) June 29, 2020
Untuk rekod, kali terakhir Argentina merangkul kejuaraan di kejohanan utama dunia ialah pada 1993.
Majoriti kehidupan Messi diluangkan di Sepanyol, dan disebabkan itu pemenang Ballon dâOr sebanyak enam kali itu sering menjadi cemuhan penyokong di Argentina.
Pencapaian Messi jauh lebih baik berbanding rakan senegara Diego Maradona, yang kurang menyerlah di peringkat kelab tetapi berjaya membawa Argentina menjuarai Piala Dunia pada 1986.
Matthaus melahirkan kekesalan akan layanan terhadap Messi di negaranya sendiri dan mencadangkan agar Jerman menawarkan pemain itu alternatif.
âSukar untuk saya mempercayainya. Jika anda tidak sukakan Messi, beliau boleh datang ke Jerman bila-bila masa saja.
âKami pasti menanti dengan tangan terbuka dan akan memberikan beliau pasport. Saya benar-benar tidak faham ini,â ujar Matthaus yang menjuarai Piala Dunia dan Ballon dâOr pada 1990 kepada La Nacion.
âBenda begini sama saja seperti anda berdebat siapa yang lebih hebat diantara Maradona dan Messi. Argentina amat bertuah kerana memiliki dua pemain hebat, tetapi mereka di sana lebih suka berdebat pemain mana yang lebih hebat diantara keduanya. Tolonglah.
âMereka mempunyai dua pemain terbaik dunia dalam sejarah bola sepak.â
Diego Maradona on how Leo Messi should deal with Argentina criticism: âWhat would I tell Leo Messi? To not come back anymore. To retire.â pic.twitter.com/733zvYHH7b
â GiveMeSport (@GiveMeSport) October 1, 2018
Klausa untuk Messi mengaktifkan perpindahan secara percuma dari Nou Camp kini dilaporkan telah tamat, dan pemain berusia 33 tahun itu kini dikatakan sedang berunding untuk kontrak baharu bersama gergasi Catalan itu.
Beliau dijangka akan kekal bersama Barcelona, tetapi ia tidak menghalang Matthaus daripada mengimpikan Messi beraksi di Bundesliga satu hari nanti.
âSudah tentu kami menerima dia. Kami gembira untuk memperolehi peluang untuk Leo beraksi di Bundesliga.
âTetapi saya akan jujur: Saya gembira dengan bola sepak yang dimainkan Messi. Beliau adalah pemain yang hebat dan lelaki yang baik.
âSaya mengenalo beliau secara peribadi dan beliau menggembirakan saya dengan cara dia bermain.â
Â