Dalam perlawanan suku akhir Piala Dunia 2006, tuan rumah Jerman diikati 1-1 oleh juara dua kali pertandingan tersebut, Argentina.
Selepas perlawanan sengit pada babak pertama, skuad Jose Pekerman membuatkan Olumpiastadion senyap apabila Roberto Ayala menanduk masuk sepakan penjuru Juan Roman Riquelme pada permulaan babak kedua.
Jerman kemudiannya berjaya menyamakan kedudukan 10 minit sebelum masa sebenar ditamatkan.
Kedua-dua pasukan bagaimanapun terus terikat selepas tamat masa tambahan sehingga memaksa perlawanan terpaksa ditentukan melalui penentuan sepakan penalti.
Perkara itu sudah pasti membuatkan penyokong tuan rumah risau, tetapi penjaga gol, Jens Lehmann mempunyai helahnya tersendiri untuk menjadi wira dalam perlawanan ini.
Disinilah ‘cheat code’ atau ‘toyol’ yang terkenal itu dilahirkan. Dengan bantuan sekeping nota yang diselitkan di dalam stoking, nota tersebut mengandungi arahan seolah-olah seperti kod rahsia, untuk membantu penjaga gol Arsenal itu berhadapan dengan barisan bintang Argentina.
Lehman berkata ianya sukar untuk membaca nota itu pada ketika itu kerana ia ditulis dengan pensil dan telah luntur akibat peluh.
🗒️ The most famous notes in #WorldCup history? 🤔
📅 Today in 2006, Jens Lehmann pulled a famous 'cheat sheet' from his shin-pad and proceeded to defy Argentina in the shootout that followed ⛔️@DFB_Team_EN | #OnThisDay | @jenslehmann
— FIFA.com (@FIFAcom) June 30, 2020
Bagaimanapun arahan tersebut nyata berjaya membantu Lehmann membaca arah setiap sepakan yang diambil.
Dalam perlawanan itu Lehmann berjaya menyelamatkan percubaan rendah Esteban Cambiasso setelah menafikan Roberto Ayala sebelum itu.
Tindakan heroic Lehmann membantu Jerman mara ke separuh akhir.
Berikut adalah kod rahsia yang ditulis dalam kertas nota tersebut.
The last 3 times Argentina played on June 30 in World Cup.
1994-Diego Maradona thrown out for failed drug test before ARG loses to Bulgaria.
1998-ARG beats England on PKs after David Beckham's red.
2006-Jens Lehmann uses scribbled notes of ARG PK tendencies in Germany QF win. pic.twitter.com/BNaLNpsbre
— Nick Zaccardi (@nzaccardi) June 30, 2018
Riquelme left high
Crespo long run/right, short run/left
Heinze left low
Ayala long wait, long run right
Messi left
Aimar long wait left
Rodriguez left
Beberapa bulan selepas itu, terdapat pengumpul barangan berharga bola sepak membayar $1.3 juta untuk nota tersebut, selepas ianya dilelong oleh Lehmann untuk tujuan kebajikan.
“Saya tidak menyedari kepentingan nota itu sehingga selepas perlawanan. Saya melihat ianya berada di atas bilik locker di sebelah stoking dan berfikir saya patut menyimpan nota tersebut,” ujar penjaga gol itu kepada sebuah stesen televisyen selepas berjaya menjual nota tersebut.