JDT Tidak Dibenarkan Ke Luar Negara

Pasukan JDT sepatutnya berlepas ke Doha,Qatar minggu hadapan untuk beraksi dalam Kejohanan Liga Juara-Juara Asian. Namun dalam keadaan PKPB sekarang ini pergerakan sekumpulan besar ke luar negara ini tidak dibenarkan.

Kenyataan ini dieptik dalam satu sidang media harian oleh Datuk Ismail Sabri Yaakob,Menteri Kementerian  Pertahanan Malaysia. Beliau menyatakan polisi yang sama digunakan iaitu pintu sempadan negara masih ditutup. Ini bermakna tiada warga asing dibenarkan masuk dan tiada warganegara Malaysia dibenarkan keluar.

Ini disebabkan kerajaan Malaysia bimbang akan SOP yang ada di luar negara tersebut. Beliau juga menambah perkara ini terguna pakai untuk semua rakyat Malaysia termasuk menteri yang baru-baru ini terlibat dengan persidangan dan kerjasama dua hala tidak dapat dilakukan.

 

Kongsi artikel ini