Liga Juara-Juara Asia (ACL 2020) kembali menjadi tumpuan musim ini dengan bermulanya saingan peringkat kumpulan. JDT hadir sebagai pasukan tunggal negara dalam pertandingan ini berada di dalam Kumpulan G sebagai juara Liga Super Malaysia.
Tiga lagi kelab Asia yang turut berada di dalam kumpulan yang sama adalah Guangzhou Evergrande FC (China), Suwon Bluewings (Korea Selatan), dan Vissel Kobe (Jepun).
JDT mahu perbaiki saingan
Jika kekuatan di atas kertas diambil kira, JDT mungkin dianggap sebagai pasukan paling lemah di dalam kumpulan ini. Namun dalam bola sepak, ukuran di atas kertas tidak akan menentukan saingan di atas padang semata-mata.
Musim ini adalah musim kedua JDT beraksi di saingan kelab elit Asia ini. Sedikit sebanyak, pengalaman menghadapi perlawanan sukar, kompetitif dan kualiti di Asia sudah ada, terutamanya di kalangan pemain muda skuad Harimau Selatan.
Last training session before AFC Champions League match against Vissel Kobe 🇯🇵#JDT#ACL2020 #VSKvsJDT #LuaskanKuasamuJohor
Posted by JOHOR Southern Tigers on Tuesday, 11 February 2020
Musim lalu, JDT berjaya menewaskan juara bertahan Kashima Antlers di halaman sendiri. Kemenangan itu sedikit sebanyak memberi keyakinan untuk JDT mencalar imej satu lagi pasukan dari Jepun – kali ini di arena lawan dalam perlawanan ini
Segar daripada memenangi anugerah AFC Cup Club of the Decade baru-baru ini, JDT kini dahaga pula untuk membawa gelombang merah biru untuk dirasai lawan di ACL 2020.
Debut Vissel Kobe
ACL 2020 merupakan penampilan pertama Vissel Kobe di pertandingan ini. Vissel layak ke ACL 2020 selaku juara Piala Emperor Jepun. Pertandingan tersebut adalah kejuaraan pertama kelab Jepun ini sejak ditubuhkan pada 1995.
Penampilan kali ini menjadikan Vissel sebagai kelab ke-15 dari Jepun yang pernah beraksi di pertandingan ini. Sebelum ini h anya China memiliki jumlah wakil yang sama.
リラックスした空間で明日の準備を進めています!😊
Preparing for tomorrow in a relaxed atmosphere! 😊#ACL2020 #visselkobe #ヴィッセル神戸 pic.twitter.com/3Gh7Z7Am4N
— ヴィッセル神戸 (@visselkobe) February 11, 2020
Dikendalikan oleh jurulatih dari Jerman, Thorsten Fink, Vissel Kobe menamatkan saingan Liga J1 di kedudukan ke-8 pada musim lalu.
Beraksi di gelanggang sendiri, Misaki Park Stadium pasti akan menjadi kelebihan buat Vissel yang akan beraksi di hadapan penyokong mereka sendiri dalam perlawanan ini.
Apa yang perlu kita tahu?
Kedua-dua pasukan beraksi dengan corak permainan menyerang. JDT pasti akan menumpukan kepada corak permainan pantas 4-3-3 seperti yang sering ditampilkan sebelum ini.
Tatkala gandingan Gonzalo Cabrera, Diogo Luis Santo dan Safawi Rasid dijangka akan membarisi serangan tiga serangkai, bahagian tengah JDT pula berkemungkinan akan menampilkan Natxo Insa yang berehat hampir semusim pada tahun lalu akibat kecederaan untuk digandingkan dengan Harris Harun dan Afiq Fazail.
“We know Vissel Kobe have players who have played in the EPL and La Liga, so I feel it will be a good experience for @OfficialJohor."
💪 Safawi Rasid is excited about facing off against the likes of Iniesta on Wednesday #ACL2020 pic.twitter.com/2k2Ci6rwBP
— #ACL2020 (@TheAFCCL) February 10, 2020
Vissel Kobe pula akan beraksi dengan sistem 3-4-2-1, dan pemain seperti Andres Iniesta pasti akan menjadi tumpuan di jentera tengah kelab Jepun ini.
Bekas pemain Barcelona itu dijangka akan digandingkan dengan Hotaru Yamaguchi, manakala seorang lagi pemain pertahanan berkelas dunia, Thomas Vermaelen akan ditugaskan untuk mengekang asakan Safawi Rasid dan rakan-rakan.
Penutup
Sebagai penyokong bola sepak tempatan, kita pasti mahu melihat JDT melakar sesuatu dari perlawanan ini. Lebih daripada itu, sudah pasti semua pihak mahu menyaksikan satu perlawanan kompetitif dan menarik ditampilkan oleh kedua-dua buah pasukan.
Musim ini boleh menjadi satu era baru kepada JDT di pertandingan ini setelah merasai sendiri pengalaman pertandingan ini pada musim lalu. Selamat maju jaya JDT.