Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) hari ini mengumumkan kerjasama dengan sebuah syarikat kawalan akses, HID Global bernilai jutaan Ringgit.
Kerjasama terbaru ini adalah salah satu usaha JDT untuk menjadikan Stadium Sultan Ibrahim untuk menjadi venue yang lebih mudah dan selesa diakses oleh penyokong.
HID Global is a leading access control management organisation who were involved in the last 3 FIFA World Cups & various continental events around the world. For starters, HID Global's expertise would be used in the turnstiles for fan entry into the Sultan Ibrahim Stadium.
[2/5]
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) February 3, 2023
Hadir melakukan perbincangan dengan pihak HID Global adalah pemilik JDT, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) di Dubai.
Kerjasama di antara kedua-dua pihak disahkan oleh JDT sendiri melalui satu kenyataan pada hari ini.
“HID Global adalah peneraju organisasi pengurusan kawalan akses yang telah terlibat dalam tiga kejohanan Piala Dunia terakhir dan beberapa acara benua di seluruh dunia,” ujar kenyataan tersebut.
:Sebagai permulaan, kepakaran yang ada pada HID Global akan digunakan di ‘turnstiles’ untuk kemasukan penyokong ke Stadium Sultan Ibrahim.
“Kerjasama ini juga bagi memastikan ‘Home of Southern Tigers’ menjadi venue pertama di Malaysia yang menggunakan sistem yang sudah dikenali di peringkat antarabangsa ini untuk akses para penyokong.”
JDT will be able to learn more about entry patterns to better serve our fans and provide the club with valuable data for future decision-making. Also, the system will be able to better prevent fraud or duplication in tickets. Luaskan Kuasamu Johor.
[4/5]
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) February 3, 2023
Selain daripada memberikan pengalaman baharu kepada penyokong seperti ketika menyaksikan perlawanan bertaraf antarabangsa di luar negara, sistem tersebut turut akan membantu kelab mendapatkan informasi lain seperti corak kemasukan penyokong untuk membolehkan perkhidmatan yang lebih selesa bagi para penyokong.
Ini makna sistem tersebut akan membantu JDT mendapatkan dan data yang berharga buat kelab untuk digunakan dalam membuat keputusan di masa akan datang.
Selain itu, sistem ini juga dapat mengelakkan berlakunya pemalsuan atau duplikasi tiket dengan lebih baik.