“Jangan Takut, Main Seperti Biasa” – Rendah Diri Antara Karakter Terpenting Milik Mokhtar Dahari

Semalam genap 29 tahun Mokhtar Dahari meninggalkan kita. Dikenang sebagai seorang legenda, nama Mokhtar Dahari mekar dalam industri bola sepak tanah air sejak 1970an lagi.

Di peringkat domestik, Mokhtar Dahari telah memenangi 10 kejuaraan Piala Malaysia. Ia adalah kejohanan domestik paling agung pada era tersebut.

Anak kelahiran Setapak ini turut perna membawa pasukan negara muncul juara Piala Pestabola Merdeka sebanyak 4 kali, dan pingat emas Sukan SEA dalam dua edisi temasya tersebut.

Hakikatnya tidak ramai di kalangan kita pada hari ini yang sempat menyaksikan kelibat Mokhtar Dahari di hadapan mata.

Apatah lagi untuk beraksi bersama Mokhtar Dahari di dalam satu pasukan, atau menjadi striker partner kepada beliau.

Kenangan K. Rajagobal

Antara mereka yang bertuah berkesempatan beraksi bersama Mokhtar Dahari ketika hayatnya ialah bekas jurulatih pasukan negara, Datuk K. Rajagobal.

Kisahnya bermula ketika K. Rajagobal menyertai PKNS pada 1978. K. Rajagobal pada ketika itu masih lagi seorang pemain muda berusia sekitar 21 atau 22 tahun.

Mokhtar Dahari pula adalah pemain bintang Selangor dan negara, telah merangkul lima kejuaraan Piala Malaysia termasuk yang diraih pada 1978.

Di peringkat antarabangsa, Mokhtar Dahari turut membantu pasukan negara memenangi pingat gangsa di Sukan Asia yang berlangsung di Tehran 4 tahun sebelum itu.

Dari sini kita boleh bayangkan bagaimana gemuruhnya seorang pemain muda menjalani latihan dan beraksi bersama seorang pemain yang dianggap sudah established dan digelar hero negara.

Karakter rendah diri

Antara karakter luar biasa Mokhtar Dahari menyebabkan beliau disenangi oleh rakan sepasukan yang lain ialah sifat rendah diri yang beliau milik.

Berdasarkan pengalaman bersama allayarham, K. Rajagopal menyifatkan Mokhtar Dahari sebagai seorang pemain yang memiliki personaliti rendah diri dan sentiasa memberikan sokongan kepada mereka di sekelilingnya.

“Saya menyertai PKNS FC buat pertama kali pada 1978. Ketika latihan, beliau [Mokhar Dahari] amat merendahkan diri dan sentiasa memberikan sokongan 100%,” kata bekas jurulatih melalui ciapan di Twitternya semalam.

“Saya masih ingat kata-kata yang beliau katakan kepada saya [ketika beraksi]. ‘Jangan takut, main seperti biasa seperti awak biasa main dengan Cholan Youth (kelab terdahulu Rajagobal).”

Sepertimana Mokhtar Dahari, Datuk K. Rajagobal kemudiannya turut pernah beraksi bersama Selangor dan mempunyai 20 caps bersama pasukan negara sepanjang tempoh 20 tahun karier sebagai pemain.

Penutup

Apa pula kenangan anda mengenai Mokhtar Dahari? Masihkah anda ingat sedutan filem Mekanik pada 1983 ini?

Benar. Klip di atas mungkin hanya lakonan semata-mata. Tetapi seperti kita semua, Mokhtar Dahari juga adalah insan biasa yang bekerja keras untuk berjaya dalam bidang yang diceburi.

VIDEO KENANGAN MOKHTAR DAHARI (MEKANIK 1983)

VIDEO KENANGAN LAKONAN DATO MOKHTAR DAHARI FILEM MEKANIK (1983)Beberapa hari lalu genap 28 tahun pemergian legenda bola sepak Malaysia, Dato' Mokhtar Dahari pada tanggal 11 Julai 1991.Mari kita saksikan kemunculan khas kenangan lakonan SuperMokh dalam filem mekanik yang merupakan filem Melayu yang diterbitkan di Malaysia pada 1983.Legenda negara yang akan dikenang selamanya. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham.

Posted by ROTP on Saturday, July 13, 2019

 

Dalam setiap perkara yang dilakukan, lakukan dengan bersungguh-sungguh dan dengan penuh kerendahan hati.

Perginya Allahyarham hampir 29 tahun yang lalu pasti satu kehilangan besar buat bola sepak tanah air. Nama Mokhtar Dahari akan terus kita kenang sebagai pemain bola sepak terhebat pernah dilahirkan negara.

Selayaknya Allahyarham Mokhtar Dahari dikenang sebagai seorang negarawan sejati.

“If you’re ashamed to stand by your colours, you better seek for another flag.” – Mokhtar Dahari

 

Kongsi artikel ini