Jamie Vardy Pastikan Jaga Jarak Top Scorer Dengan Aubameyang

Perlawanan membabitkan Arsenal dan Leicester City pada awal pagi tadi ibarat pertembungan merebut anugerah kasut emas Liga Perdana Inggeris pada musim ini.

Dalam perlawanan ini, dua penyerang paling berbisa Premier League berhadapan satu sama lain – Pierre-Emerick Aubameyang vs Jamie Vardy.

Aubameyang terlebih dahulu memperolehi gol apabila penyerang Gabon itu menyempurnakan umpanan Bukayo Saka untuk gol ke-20 pada musim ini.

Gol tersebut mendekatkan Aubameyang dengan jumlah gol Jamie Vardy yang sudah menghasilkan 21 gol sebelum perlawanan bermula,

Namun bintang Leicester itu juga berjaya menambah gol ketika perlawanan berbaki enam minit sahaja lagi.

Gol tersebut menyelamatkan Leicester dari kekalahan sekaligus menjauhkan jarak dari Aubameyang di senarai penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris.

Di belakang Aubameyang dan Vardy pula ialah Danny Ings. Bekas penyerang Liverpool itu kini telah mencetak 18 gol untuk Southampton.

Sementara itu Mohamed Salah menyusul di peringkat keempat dengan 17 gol.

Salah berpeluang menambah gol lagi jika diturunkan Jurgen Klopp dalam perlawanan menentang Brighton & Hove Albion pada awal pagi nanti.

Rekan sepasukan Salah, Sadio Mane, juga berpotensi menambah jumlah gol dalam perlawanan yang sama.

Mane kini sudah mengumpul 16 gol sama dengan Sergio Aguero yang masih belum mampu beraksi untuk Manchester City kerana cedera.

Berikut adalah senarai Top 5 penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris setakat ini:

1. Jamie Vardy (Leicester City) 22 gol
2. Pierre-Emerick Aubameyang (Arsenal) 20 gol
3. Danny Ings (Southampton) 18 gol
4. Mohamed Salah (Liverpool) 17 gol
5. Sadio Mane (Liverpool) 16 gol
Sergio Aguero (Manchester City) 16 gol

Kongsi artikel ini