Jack Grealish Di Larang Memandu Serta Dikenakan Penalti

Hakim Mahkamah Birmingham telah menjatuhkan hukuman ke atas pemain tengah Aston Villa dan England , Jack Grealish kerana kecuaian ketika memandu dan beliau melanggar arahan duduk di rumah untuk bertemu rakannya semasa Britain sedang melaksanakan perintah berkurung ke atas warganya sebagai langkah memutuskan rantaian virus Covid-19 Mac yang lalu.

Kapten yang berusia 25 tahun telah telah dikenakan penalti sebanyak £82,900 serta lesen memandunya ditarik serta merta oleh pihak berkuasa selama sembilan bulan.

Penalti itu dikenakan setelah beliau terlibat dengan kemalangan kecil ketika memandu kenderaan mewah jenis Range Rover 4×4 berharga £ 80000 yang mengakibatkan dua buah kenderaan yang berada di tempat letak kenderaan rosak.

Kemalangan itu berlaku di Dicken Heath , Solihull West Midlands. Keputusan juri menyatakan Jack Grealish bersalah kerana terdapat video yang merakam kejadian tersebut.

Selain itu , pihak polis Britain juga merekodkan kesalahan jalanraya apabila beliau memandu melebihi kelajuan yang sepatutnya KM M42 jalanraya Worcestershire pada 18 Oktober yang lalu.

Mahkaman Birmingham memerintahkan Jack Grealish mesti membayar ganti rugi kepada dua orang awam sebagai kos membaiki kerosakan kereta akibat kemalangan yang bernilai £401 dalam masa tujuh hari termasuk denda £82900.

Jack Grealish mesti memohon semula lesen memandu yang baru setelah penggantungan lesen memandu yang menyebabkan beliau dilarang memandu selesai.

Jack Grealish yang menerima gaji sekitar £35k seminggu dari majikan kelabnya Aston Villa dan ia lebih rendah dari pemain bintang di Manchester United seperti Rashford , Martial mahupun Bruno Fernandes.

Pada April yang lalu , terdapat khabar angin menyatakan , Red Devils telah menawarkan kontrak kepada pemain tengah itu empat tahun dan gaji £170k seminggu.

Nampak gayanya terpaksalah beliau memecahkan tabung bulohnya bagi membayar denda akibat kelakuannya yang tidak senonoh itu.

Kongsi artikel ini