Itali Juara EURO 2020 Tundukkan England Dengan Sepakan Penalti

Donnarumma muncul wira untuk The Azzuri selepas berjaya menyelamatkan sepakan Bukayo Saka untuk mengecewakan England sebagai pemenang baharu EURO 2020 edisi ke-16 ini.

Itali terlebih dahulu tersentak apabila Luke Shaw , pertahanan Manchester United ini menjaringkan gol pada minit awal ke-2 selepas menerima hantaran lintang yang tepat daripada Kieran Trippier yang menggembirakan penyokong di stadium Wembley.

England terus melancarkan serangan ke kubu Azzuri yang membuatkan duo pertahanan Itali bertungkus lumus menyerap asakan mereka.

Luke Shaw menjadi kunci serangan England yang bertali arus termasuk menghasilkan dua hantaran di depan gol Donnaruma namun Harry Kane mahupun Sterling telah mempersiakan peluang itu.

Itali akhirnya mendapat rentak dan menyusun serangan ke kubu England dalam 10 minit terakhir apabila Veratti membuat percubaan namun sepakannya lemah yang mudah diselamatkan oleh Jordan Pickford.

Roberto Manchini membuat pertukaran dua pemain serentak walaupun permainan baru sahaja dimulakan lima minit separuh masa kedua berjaya memperolehi peluang jaringan gol.

Itali mempunyai dua peluang baik menerusi sepakan percuma oleh Insegne yang melewati paling gol England serta percubaan Chiesa yang dapat diselamatkan oleh Pickford.

The Three Lions hampir menambahkan gol kedua setelah John Stones menanduk bola ke pintu gol namun bola sempat dikuis oleh Donnarumma.

Bagaimanapun gol yang dicari oleh Itali akhirnya berjaya setelah Bonucci dapat memasukkan bola ke gawang Pickford dalam situasi kelam kabut di depan gol England pada minit ke-67.

Itali terus mengawal permainan dan menyerang kubu yang di kawal oleh Maguire serta Stones walaupun Southgate memasukkan Saka dan Henderson untuk mengembalikan rentak permainan England semula.

Perlawanan terus dihambat ke masa tambahan dengan kedua-dua pasukan cuba mencari gol kemenangan bagaimanapun buntu sehingga membawa ke penentuan sepakan penalti.

Akhirnya dengan sedikit tuah Itali berjaya membawa Piala Eropah pulang ke Rome buat kali kedua selepas kegagalan Sancho , Rashford dan Saka menjaringkan penalti dengan kemenangan 3-2.

Leo Bonucci turut ditabalkan sebagai pemain terbaik perlawanan akhir itu yang cukup menggembirakan buat pasukan Azzuri ini.

Kongsi artikel ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on print
Share on email