Isu pemotongan gaji pemain Liga Malaysia nampaknya berlarutan, walaupun setelah Persatuan Pemain Profesional Malaysia (PFAM) memberikan dua syarat wajib yang perlu dipatuhi setiap pasukan untuk membenarkan ianya dilaksanakan.
PFAM melalui satu ketetapan setelah mesyuarat semalam menyatakan pasukan yang mempunyai masalah tunggakan gaji sebelum pandemik ini bermula WAJIB menyelesaikan tunggakan gaji terlebih dahulu tanpa sebarang perdebatan mengenainya.
Kedua, rundingan dan persetujuan perlu dibuat secara individu dengan pemain (case by case), bukannya dilakukan secara pukul rata.
Namun belum sampai 24 jam perkara itu dipersetujui oleh PFAM dengan dua syarat tersebut, sudah timbul pihak yang ingin berdebat mengenai perkara tersebut.
KONTRAK PEMAIN: KEADILAN SEBAGAI JUARA1. Semua telah maklum, pandemik COVID-19 adalah merupakan 'the unprecedented…
Posted by PFA Malaysia on Saturday, April 11, 2020
Terbaru, Datuk Yusoff Mahadi yang juga merupakan Timbalan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) seperti tidak bersetuju dengan syarat yang ditetapkan oleh PFAM.
Melalui satu panggilan video yang dikongsi oleh wartawan Astro Arena, Fina Nasrom di Twitter hari ini, Yusoff berkata syarat itu tidak diperlukan kerana gaji tertunggak sebelum ini boleh memberikan komitmen berasingan untuk melunaskan gaji yang tertunggak sebelum ini.
“Sebab kalau kita nak tunggu gajinya dibayar, ia mungkin melepasi tarikh tutup 22 haribulan,” kata Yusoff dalam sebahagian klip video yang dikongsi.
@pfamalaysia setuju tak ? Syarat WAJIB langsai hutang tertunggak put aside. Adakan rundingan dulu. Nadi Arena 11malam ini. @ASTROARENA pic.twitter.com/V8VMzCo5y5
— FinaNasrom (@fnasrom) April 12, 2020
“Jadi pada pandangan saya, baik persatuan, pasukan-pasukan yang mana belum melunaskan gajinya masih boleh meneruskan perbincangan tetapi mesti membuat komitmen kepada pemain [bahawa] mereka tetap akan dibayar gaji yang sama untuk bulan dua dan bulan tiga [sebelum ini].
Yusoff yang juga merupakan pengurus pasukan Liga Super Melaka United langkah itu sepatutnya tidak menjadi masalah kerana pemotongan hanya akan dilakukan mulai April dan seterusnya.
Walaupun Yusoff mungkin hujahnya yang tersendiri di dalam isu ini, kebimbangan utama PFAM sebenarnya adalah pemain yang akan teraniaya.
Wan Azraie Tagih Gaji, PFAM Sahkan Terima 2 Kes Babitkan Bekas Pemain Terengganu https://t.co/eYDfmtP023 pic.twitter.com/Plxjoiv98g
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) March 4, 2020
Jika ianya dibenarkan sekali pun seperti pendapat Yusoff, apakah jaminan gaji yang sudah dipotong mulai April akan dijelaskan?
Sudahlah gaji bulan-bulan sebelum ini juga tertunggak, gaji yang baru dipotong juga tidak dibayar. Adakah FAM dan MFL akan memantau perkara ini?
Satu perkara yang pasti maslaah tunggakan gaji tidak akan berlaku sekiranya FAM dan MFL sendiri sudah lama buat kerja memantau perkara ini.
Benar, ia adalah mengenai ‘komitmen’ seperti kata Datuk Yusoff.