Belum pun sampai pertengahan musim Liga Super Malaysia , para peminat bola sepak tempatan sekali lagi dihidangkan berita kurang enak mengenai pembayaran gaji kepada pemain-pemain dua kelab seperti Perak dan Sabah.
Isu pengurusan kelab gagal menunaikan tanggungjawab sebagai majikan membayar gaji pemain merupakan cerita lama yang di bawa pada setiap musim baharu dan begitulah yang akan terjadi serta akan bermulalah tuding menuding diantara satu sama lain.
Inilah masalah bola sepak kita. Mula -mula @peraktbgmy tak bayar gaji player 2 bulan. Now @SabahFCofficial tak bayar gaji player 3 bulan dan coaching staff 4 bulan tertunggak. Rasanya @MFL_MY dgn @FAM_Malaysia kene buat something pasal isu gaji ni. pic.twitter.com/Q79UZZUEOw
— Wan Muhd Izzat (@theonlywannn) April 8, 2021
Perak ‘The Bos Gaurus’ yang banyak mencetuskan kontroversi seperti pemilihan logo kelab sehingga DYMM Paduka Seri Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah terpaksa masuk campur dengan titah baginda agar mengembalikan bolasepak kepada rakyat dengan mendengar reaksi dan maklumbalas sepenuh perhatian oleh peminat yang sayangkan pasukan mereka.
Kenyataan Penuh YB Khairul Shahril Mohamed pic.twitter.com/AuVBdbTNJc
— Perak FC (@peraktbgmy) February 9, 2021
Terkini Perak FC sekali lagi terpalit dengan culas membayar 2 bulan gaji dan ini menyebabkan peminat mula mempersoalkan dimanakah kredibiliti dan kebertanggungjawapan pengurusan kepada kebajikan pemain-pemain yang juga mempunyai tanggungjawab kepada keluarga.
De Paula Beri Isyarat 'Sangkut' 2 Bulan Gaji Ketika Raikan Jaringan? https://t.co/BGEMmiIdOB
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) April 8, 2021
Memetik dari Astro Awani , Datuk Saarani Mohamad mengakui pasukan bola sepak Perak berdepan tunggakan gaji sejak beliau dilantik sebagai Menteri Besar Perak pada Disember lalu.
Namun , beliau menganggap kerajaan negeri sudah membantu sedaya upaya untuk membantu membayar tunggakan gaji tersebut termasuklah mendapatkan dana dari syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
“Tidak betul jika kata kerajaan negeri langsung tidak membantu,” katanya kepada Astro Awani.
“Apabila saya mengambil alih jawatan Menteri Besar pada 10 Disember lalu, waktu itu mereka telah tertunggak bayaran kepada para pemain selama dua bulan. Saya telah mengambil inisiatif untuk memujuk beberapa GLC untuk membayar gaji.
“Sebenarnya, itu bukan tanggungjawab saya, tetapi, saya telah membayar menggunakan GLC untuk dua bulan tunggakan. Selepas itu, saya difahamkan Pengerusi Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) letak jawatan.
“Kita sudah bantu kira-kira RM4 juta. Dulu saya bantu RM2.5juta untuk tertunggak dua bulan, dan baru-baru ini lagi RM1.5 juta. Jadi, tidak adil untuk kata kerajaan negeri tak membantu.”
Pada masa sama, Saarani menjelaskan beliau bukannya tidak mahu membantu tetapi menganggap dana kerajaan negeri tidak seharusnya digunakan untuk membayar gaji pemain.
“Kalau kata bola sepak memerlukan RM2 juta sebulan, takkan nilai ini anda letakkan kepada kerajaan negeri untuk menanggungnya. Ini tidak adil.
“Sebab, ia duit rakyat, bukan duit PAFA atau pungutan tiket. Duit cukai ini saya perlu bagi balik kepada rakyat.”
'Baik Bantu Rakyat Susah' – Kerajaan Negeri Tak Nak Tanggung Tunggakan Gaji Perak FC https://t.co/U2JOXI1hm0
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) April 8, 2021
Sabah juga merupakan pasukan kedua yang dikhabarkan gagal membayar tiga bulan gaji pemain dan empat bulan untuk staff kejurutlatihan sehinggakan pemain-pemain kelab berkenaan memboikot latihan yang dijalankan oleh kelab kelmarin.
3 Bulan Tidak Dibayar Gaji, Pemain Sabah Boikot Sesi Latihanhttps://t.co/60ZWud5v7p
— VOCKET FC (@vocketfc) April 8, 2021
Bagaimanapun setakat ini pihak FAM dan MFL masih belum menerima laporan secara rasmi berkaitan isu ini.
Alhamdulillah, dilaporkan jutawan paling kaya dekat Malaysia dan juga dunia dan juga pemilik kepada syarikat terkenal Megah Holding berminat mengambil alih @peraktbgmy ekoran isu gaji player yg tertunggak. pic.twitter.com/k3vmbVQF1Q
— موهاماد فايز (@faaaizzz_) April 5, 2021
Berikutan masalah ini , para penyokong menghantar sindiran berbentuk sarkastik kepada pengurusan dua kelab yang mengalami masalah kewangan terutama kepada ahli-ahli politik yang mempunyai jawatan dalam pengurusan kelab itu.
Gaji Tertunggak: Netizen Gesa Pasukan Minta Bantuan Ustaz Ebit Lew https://t.co/Sk1n0NfmHN
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) April 9, 2021
Walaupun netizen bergurau dengan memetik nama pendakwah bebas Ustaz Ebit Liew untuk membantu pasukan itu kerana beliau telah banyak membantu rakyat Malaysia yang kesusahan tanpa kira tempat , bangsa dan agama , apakah beliau patut membantu pemain bola sepak yang mempunyai tunggakan gaji juga sedangkan pengurusan kelab seperti melepaskan tengkuk sendiri sahaja.
Penulis yakin , penyokong bola sepak sudah muak dengan hal ini , tetapi itulah bola sepak tempatan yang masih mempunyai pengurusan kelab yang telah melaksanakan penswastaan tetapi masih mengharapkan dana dari kerajaan negeri.