Ini Umpanan Nazmi Faiz Sangat Cantik Yang Gagal Dimanfaatkan Oleh Guilherme De Paula

Kekalahan kepada pasukan paling kuat di Asia Tenggara , Vietnam bukanlah perkara satu perkara yang kita mahukan. Namun menonton perlawanan pada awal pagi tadi , penyokong bola sepak tanah air pasti menumpukan perhatian kepada penyerang tunggal Malaysia Guilherme de Paula.

Prestasi penyerang naturalisasi ini dikecam teruk oleh penyokong bola sepak Malaysia ketika dalam perlawanan menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada minggu lepas dengan kekalahan 4-0 sehingga Malaysia turun ke tangga ke-4 dalam kumpulan G.

Tetapi ketua jurulatih Malaysia , Tan Cheng Hoe masih lagi mempercayai kualiti yang ada dalam bekas pemain Selangor , Perak yang kini mewakili kelab juara tujuh kali Liga Super Malaysia , Johor Darul Ta’zim terus menurunkannya dalam perlawanan kedua awal pagi tadi.

Dalam perlawanan menentang Vietnam , pemain kelahiran Brazil ini ditugaskan sebagai Target Man’dengan mendapat sokongan daripada Syafiq Ahmad untuk membuka peluang menjaringkan gol.

Bagaimanapun , pada separuh masa pertama De Paula tidak dapat mempamerkan aksi yang seperti dimahukan. Ada sedikit peningkatan dari segi kerajinannya membantu rakan untuk menahan asakan , namun dia bergelut untuk mencari peluang gol kerana tidak mendapat umpanan sama ada daripada kanan dan kiri mahupun bahagian tengah.

Credit - FAM (2).jpeg

Syafiq Ahmad tidak dapat meneruskan permainan pada separuh masa kedua dan digantikan dengan Nazmi Faiz Mansor akibat kecederaan yang dialaminya. Tan Cheng Hoe juga memasukkan Akhyar Rasyid menggantikan Safawi Rasid yang juga tidak dapat mempamerkan prestasi yang cemerlang.

Pada minit ke 60 , Harimau Malaya mendapat sepakan percuma setelah pemain Vietnam telah mengasari pemain Malaysia.

Pemain tengah JDT , Nazmi Faiz Mansor mengambil sepakan percuma ini dan umpanannya sampai tepat ke De Paula yang hanya berhadapan dengan Bui Tan Truong sahaja , tetapi dia gagal memanfaatkan peluang itu.

 

Ramai penyokong Harimau Malaya memberikan komen , sepatutnya De Paula boleh menjaringkan gol itu.

Akhirnya pada minit ke 72 , barulah Malaysia dapat menjaringkan gol menerusi sepakan penalti selepas De Paula dijatuhkan dalam kawasan kotak penalti. De Paula sendiri yang mengambil sepakan penalti itu dan berjaya melaksanakannya.

Dia meraikan jaringan itu seolah-olah melepaskan rasa geramnya terhadap para pengkritiknya dengan berlari pantas ke arah bangku simpanan memeluk Tan Cheng Hoe.

Gol pertamanya di peringkat antarabangsa dalam pertandingan kompetetif menaikkan motivasi untuk mencari gol lagi buat Harimau Malaya. Tetapi takdirnya , Malaysia tidak berupaya bangkit selepas Vietnam dihadiahkan pula dengan sepakan penalti yang menjadi kontroversi.

Malaysia tinggal satu perlawanan lagi menentang Thailand sebelum berkemas pulang balik ke tanah air. Kini terserah kepada Tan Cheng Hoe untuk meletakkan pemain yang sepatutnya berada dalam skuad kesebelasan utama.

Apa yang penting , peminat mahukan kemenangan. Sekurang-kurangnya dengan satu kemenangan dapat memberikan sedikit penawar mengubati perasaan luka peminat dan penyokong Harimau Malaya.

 

 

 

 

 

Kongsi artikel ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on print
Share on email