Ini Teori Penyokong Mengapa Jadon Sancho Memilih Jersi Nombor 25 Di Manchester United

Manchester United secara rasminya telah mengumumkan penyerang sayap England berusia 21 tahun itu sah menjadi pemain di Old Trafford dengan menandatangani kontrak lima tahun pada hari Jumaat semalam.

Perpindahan saga bekas pelatih akademi Manchester City ini telah termetrai dengan yuran £73 juta kepada kelab Borussia Dortmund semasa Sancho dalam tugasan antarabangsa EURO 2020 bulan lepas.

Image

Jadon Sancho merupakan pemain idaman yang amat diminati oleh pengurus Ole Solksjaer daripada musim lepas lagi dan kini beliau boleh menggunakan pemain ini bagi membantu Setan Merah memburu Trofi Liga Inggeris pada musim 2021/2020.

Jadon Sancho yang memakai jersi nombor 7 semasa di kelab lamanya memilih menggunakan nombor 25 walaupun pernah diberikan petunjuk akan memakai jersi nombor lagenda mengikuti jejak Cristiano Ronaldo , David Beckham dan Eric Cantona.

Bagaimanapun , jersi ikonik bernombor 7 menjadi milik penyerang Edinson Cavani yang telah membuktikan beliau merupakan pemain terhandal semenjak beliau menjejakkan kakinya di Old Trafford pada musim lepas.

Para peminat Manchester United telah mengemukakan satu teori bahawa Jadon Sancho memilih baju No 25 kerana jersi ikonik ‘1 + 8’ Ivan Zamorano di Inter Milan. Pemilihan nombor jersi Sancho tidak menghalang peminat untuk membuat teori perbandingan langsung dengan lagenda negara Chile ini yang bermain pada di era 1990an dahulu.

Credit: PA

Zamorano terpaksa mengosongkan jersi No. 9 di Inter kerana kehadiran Roberto Baggio yang mengambil jersi No. 10 kelab Itali itu. Perpindahan penyerang Itali ini yang menelan harga yang besar menyebabkan Ronaldo Phenomenon terpaksa melepaskan jersi No. 10nya dan menggunakan No. 9 yang menjadi milik Ivan Zamorano ketika itu.

Enggan berbalah dengan pengurusan kelab , Zamorano meminta agar beliau memakai jersi yang bertanda ‘1 + 8’ untuk dirinya dan beliau kekal beraksi dengan prestasi yang mengagumkan.

Teori ini mungkin menjadi kepercayaan kepada sesetengah peminatnya bahawa Sancho menjadikan lagenda Chile yang kini berusia 54 tahun sebagai rujukannya dengan memilih 25 (atau ‘2 + 5’ seperti yang disarankan oleh beberapa individu).

Clinton Marisson dan Ade Akibinyi pernah meniru gaya nombor jersi Zamorano yang menjadi kontroversi dan kecaman sehingga FIFA memutuskan tidak membenarkan lagi penggunaan nombor jersi yang begitu ‘fancy’ lagi.

Sancho telah menghabiskan empat tahun di Dortmund dan menjadi salah satu bintang yang paling cepat berkembang di Eropah.

Pemain antarabangsa England itu membuat 137 penampilan di semua pertandingan untuk Dortmund dan menjaringkan 50 kali serta mencatatkan 64 assist.

Sancho mengucapkan terima kasih kepada Dortmund keranan memberikan peluang kepadanya bermain dengan pasukan impiannya yang kini menjadi kenyataan.

Dia memberitahu laman web rasmi United , “Peluang untuk bergabung dengan Manchester United adalah impian yang menjadi kenyataan dan saya tidak sabar untuk tampil di Liga Perdana.

“Ini adalah skuad muda dan mengasyikkan dan saya tahu, bersama-sama , kita dapat berkembang menjadi sesuatu yang istimewa untuk membawa kejayaan yang wajar disukai oleh peminat.

“Saya tidak sabar untuk bekerja dengan pengurus (Solksjaer) dan rakan pelatih yang baru untuk mengembangkan permainan saya lebih lanjut.”

Kongsi artikel ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on print
Share on email