Ini Sebab Sebenar Asnawi Mangkualam Sanggup Tukar Kelab Di K League 2

Pemain pertahanan Indonesia, Asnawi Mangkualam kini sah meninggalkan Ansan Greeners dan mengikat kelab bersama sebuah lagi kelab K League 2, Jeonam Dragons.

Asnawi Mangkualam beraksi di Korea Selatan sejak 2021. Ketika itu, dia mengambil langkah penting dengan meninggalkan ‘zon selesa’ bersama PSM Makassar untuk menjadi pemain tunjang Ansan Greeners.

Pemain berusia 23 tahun itu beraksi bersama Ansan Greeners selama dua musim. Pada musim pertama, Asnawi pada mulanya bergelut untuk mendapatkan tempat sebagai pemain kesebelasan utama pasukan.

Bagaimanapun peningkatan mulai ditampilkan pemain bek kiri itu pada musim keduanya, sehingga menjadi pemain utama pasukan.

Setelah dua musim bersama Ansan Greeners, Asnawi Mangkualam memutuskan untuk berhijrah ke sebuah lagi kelab K League 2.

Tetapi mengapa berpindah ke kelab di dalam divisyen yang sama?

Asnawi lihat peluang

Bagi pemerhati dari luar, mungkin ada di kalangan mereka berpendapat apa gunanya berhijrah ke kelab seasama divisyen. Bukankah Asnawi sudah bersusah payah mendapatkan tempatnya di Ansan Greeners? Lainlah, jika tawaran tersebut datangnya daripada kalangan kelab K League 1 – iaitu divisyen utama bola sepak di Korea Selatan.

Asnawi jelas mempunyai alasan mengapa beliau menyambar peluang yang ditawarkan oleh Jeonnam Dragons. Ini kerana kelab tersebut dianggap mempunyai peluang untuk memenangi promosi ke K League 1 pada musim ini.

“Saya dalam keadaan sangat baik saat ini. Saya sangat gembira berhijrah menyertai Jeonnam, yang memiliki kemungkinan [memenangi] promosi,” kata Asnawi.

“Saya gembira menyertai Jeonnam, kelab yang kaya dengan sejarah di bola sepak Korea, dan saya akan melakukan yang terbaik untuk mendapatkan hasil yang terbaik.

Pada musim 2022 lalu, Jeonnam Dragons berada di kedudukan terbawah K League 2. Namun, kerana tidak ada penyingkiran, Jeonnam Dragons tidak diturunkan divisyen.

Pada masa yang sama mereka juga beraksi di peringkat kumpulan AFC Champions League atas tiket juara Piala FA Korea.

Tidak dapat dipastikan mengapa Asnawi begitu yakin dengan prestasi Jeonnam pada musim ini, tetapi besar kemungkinan ia adalah kerana usaha kelab itu merekrut barisan pemain berkaliber termasuk dirinya untuk memburu misi ke K League 1.

Ketua Jurulatih Jeonnam Dragons, Lee Jang-kwan pula menyifatkan  Asnawi sebagai pemain yang memiliki kualiti seperti kekuatan mental yang baik, dan kreativiti.

Jang-kwan turut mendedahkan bakat Asnawi sebenarnya telah diikuti oleh Jeonam sejak musim lalu.

Kongsi artikel ini