Pada hari ini kerja part time bukan sesuatu yang asing lagi. Bagi kita di Malaysia, kerja part time ni memang dah dilakukan sejak usia muda.
Baik ketika masih belajar di universiti, atau pun untuk tujuan menambah pendapatan demi menyara keluarga, setiap dari kita yang amat memerlukan akan bekerja secara part time demi menambah kewangan
Kami pasti kebanyakkan daripada anda yang membaca artikel ini turut pernah bekerja part time.
Daripada bekerja sebagai juruwang di restoran makanan segera seperti KFC atau McDonald, jurujual penapis air, atau apa sahaja- – selagi ada kudrat, selagi kita memerlukan, atau diperlukan.
Begitu juga dengan pemain bola sepak. Berikut adalah antara kerja part time yang pernah dilakukan oleh pemain bola sepak pada ketika karier mereka belum bermula.
Tujuannya sama. Kerja part time cari duit.
1. Papiss Cisse: Pemandu Ambulan
Tidak dapat dipastikan mengapa Papiss Cisse mendapat pekerjaan ini seawal usia 15 tahun. Tetapi kami pasti ia mempunyai perspektif tersendiri.
Malah Cisse telah meninggalkan alam persekolahan untuk memandu ambulan sebelum ditemukan dengan bola sepak.
Happy birthday to Newcastle United striker papis Cisse. #NUFC… #magpiesofficial – https://t.co/dsspZUSyIZ pic.twitter.com/FxEmkZX3m7
— FootballGoal (@footballvlogr) June 20, 2016
“Saya melihat ramai orang mat sebelum ini. Pada usia 15 tahun saya mulai memandu ambulan,” kata beliau kepada media di Senegal pada 2013.
“Saya hanya berusia 15 tahun dan sangat muda, dan itulah sebab akhirnya saya berhenti sekolah kerana terpaksa bekerja.
“Adakalanya ketika mempunyai sedikit wang, saya akan berikan kepada ibu bapa. Ia amat sukar untuk saya. Ia amat sukar kerana saya sangat muda. Pertama kali melihat orang mati ketika bertugas saya menangis, kerana masa itu masih sangat muda.”
2. Grafite: penjual plastik sampah
Ini adalah satu lagi contoh pekerjaan part time yang tidak glamour pernah dilakukan oleh pemain bola sepak.
Grafite adalah pemain yang berasal dari Brazil dan mencipta nama di Bundesliga bersama Wolfsburg.
Ketika Wolfsburg muncul juara Bundesliga pada musim 2008/09, Grafite menjaringkan 28 gol dari 25 penampilan untuk muncul penjaring terbanyak pertandingan.
Die VfL-Legende @Graffa23 feiert heute seinen 41. Geburtstag! 🎂
Auf Instagram könnt ihr euch eine Auswahl seiner Tore anschauen und für das Schönste abstimmen! 💪🏻
Happy Birthday, #Grafite! 🥳💚#VfLeSport #VfLWolfsburg pic.twitter.com/gGa19dNGGn
— VfL Wolfsburg E-Sport (@VfLeSport) April 2, 2020
“Ia tidaklah pelik sangat,” jelas Grafite.
“Masih ada lagi orang menjual plastik sampah dari pintu ke pintu. Saya perlu mencari wang, dan ia juga adalah salah satu jenis pekerjaan.
“Saya tidak pernah melupakan perkara itu, ia mengajar banyak perkara positif mengenai kehidupan.”
3. Craig Noone: Pemasang atap
Pemain sayap Cardiff City ini pada satu ketika pernah memasang genting atap di kediaman milik Steven Gerrard, lima tahun sebelum beliau sendiri bersemuka dengan kapten Liverpool itu di atas padang.
“Saya memasang di bahagian gimnasium dan bilik permainan ketika Steven Gerrard melakukan pengubahsuaian besar di kediamannya, ” ujar Noone ketika menyertai Cardiff pada 2012.
Cardiff manager Neil Warnock says agents have inquired about wing Craig Noone but nothing has "whetted our appetite" https://t.co/BNgsA3WH91 pic.twitter.com/DpJPPJAMYH
— BBC Sport Wales (@BBCSportWales) July 26, 2017
“Saya selalu diberikan setin Coke dan roti sosej daripada Alex (isteri Gerrard). Itu adalah tip untuk saya!
“Apabila bekerja di sana, saya melihat gaya hidup Gerrard. Beliau memulakan latihan pada jam 9am dan kembali 1:30pm atau 2:00pm, dan saya berfikir saya pun mahu jadi begitu satu hari nanti,
“Saya tidak mahu jadi pemasang atap keseluruhan hidup saya. Saya sentiasa tahu bahawa saya mahu menjadi seorang pemain bola sepak, dan akan sentiasa mencuba sehabis baik untuk mencapai impian itu.”
4. Charlie Austin: Pemasang batu-bata
Anda mungkin sudah tahu apa yang pernah dilakukan oleh Charlie Austin pada zaman mudanya untuk menambah pendapatan keluarganya.
Pemain penyerang ini mungkin dikenali sebagai penyerang berbisa yang pernah beraksi bersama beberapa kelab Inggeris. Tetapi sebelum bergelar pemain bola sepak yang memberi pendapatan lumayan, Austin adalah seorang pemasang batu-bata.
Charlie Austin on Southampton:🗣"By the time Jose Fonte left and the managers were changing we were sh*t and the only person who really got it was Mark Hughes. He took me to one side one day and said: ‘What’s the matter with this lot?’ And I told him: 'They’ve got no b*llocks.' pic.twitter.com/aG2qEuRqD2
— Footy Accumulators (@FootyAccums) January 8, 2020
“Pada usia 17 tahun saya berkerja di satu tempat dipanggil Overton,” kata beliau kepada Guardian.
“Pada satu ahri sekitar 2pm, saya amat berpeluh kepenatan dan berasa amat sakit di bahagian belakang. Saya tidak mampu membongkokkan belakang pun pada ketika itu.
“Jika pada hari ini saya mungkin berasa bosan dengan bola sepak, saya akan ingatkan diri mengenai pengalaman lalu yang memeritkan.”
5. Rickie Lambert: Pemetik ubi
Sukar untuk mempercayai ini tetapi bekas penyerang Liverpool, Rickie Lambert pernah bekerja part time sebagai pemetik ubi.
Lambert adalah salah seorang pemain di Liga Inggeris yang membuktikan bola sepak boleh dimulakan dengan pasukan bawahan, sebelum naik ke saingan utama.
Just a friendly reminder that when Liverpool sold Luis Suarez they replaced him with Ricky Lambert pic.twitter.com/QFj4NUgZ5K
— ODDSbible (@ODDSbible) May 1, 2019
Selepas beraksi bersama Liverpool, Southampton dan West Ham, mungkin Lambert memikirkan untuk memulakan perusahaan ubi, atau kilang memproses ubi. Siapa tahu? Senyap je sekarang.
Penutup
Adakah anda juga pernah melalui pengalaman pelik dalam pekerjaan semata-mata untuk menambah pendapatan? Kami amat pasti setiap orang akan mempunyai pengalaman yang berlainan.
Tidak kisahlah kerja apa, asalkan ianya halal dan sah di sisi undang-undang.