Baiklah. Mari kita berbicara secara jujur mengenai masa depan baki saingan Liga Perdana Inggeris pada musim ini.
Hakikatnya tidak ada satu pun penyelesaian yang ideal untuk menamatkan saingan pada musim ini. Apa pun kaedah, pasti ada pihak yang tidak berpuas hati – termasuk dengan meneruskan saingan di stadium tertutup.
“Project Restart” itu sendiri sudah mengundang kontroversi. Ramai pemain dan penyokong bola sepak di England sendiri tidak bersetuju dengan cadangan tersebut – mengambil kira ancaman daripada wabak global yang sedang menular.
Jadi adakah saingan pada musim ini seharusnya dihentikan bergitu sahaja? Ramai berfikir ia adalah idea yang lebih baik.
Keadaan terkini
Buktinya, Perancis, Belgium dan Belanda telah mengambil tindakan masing-masing. Belanda paling kontroversi kerana tiada pemenang diumumkan.
Saingan di Belanda terus diiktiraf sebagai ‘null & void’ atau pun rosak. LFP di Perancis pula terpaksa memutuskan saingan berdaarkan ‘sporting merit’, sekaligus menobatkan Paris Saint-Germain (PSG) selaku juara pada musim ini.
Pemilihan pasukan yang akan ke pertandingan eropah dan yang tersingkir sepatutnya menggunakan kaedah yang sama.
BREAKING: Paris Saint-Germain have been awarded the Ligue 1 title after the season was ended amid the coronavirus pandemic.
— Sky Sports News (@SkySportsNews) April 30, 2020
Namun ia masih terpulang kepada LFP untuk menentukan ia, berdasarkan cabaran yang mereka hadapi terutama dari segi perundangan yang mungkin timbul kemudian.
Belgium turut dikatakan akan mengiktiraf Club Brugge selaku juara pada musim ini melalui satu pertemuan dan undian di kalangan kelab yang akan melakukan perjumpaan dalam masa terdekat.
Jangan keliru. Perkara ini sememangnya sudah diputuskan oleh Jupiter Pro League, dan hanya memerlukan undian daripada kelab bertanding sebagai formaliti.
La LFP a officialisé ce jeudi le titre de champion de France du PSG : https://t.co/ccgxcOn0gH pic.twitter.com/5h66c5Qqti
— L'ÉQUIPE (@lequipe) April 30, 2020
Bagaimana dengan Premier League?
Liverpool sudah amat jauh dengan 25 mata di hadapan sebelum saingan pada musim ini ditangguhkan pada 16 Mac lalu.
Namun secara matematika, Liverpool belum lengkap untuk dinobatkan kejuaraan walaupun tiada siapa boleh menafikan kehebatan mereka di saingan liga pada musim ini.
Norwich, Aston Villa dan Bournemouth berada di zon penyingkiran. Leeds dan West Brom dari Championship dijangka akan ke Premier League pada musim hadapan.
Premier League clubs are determined to finish this season despite concerns football may be preparing to come back too soon.
— Sky Sports News (@SkySportsNews) April 30, 2020
Apa pun langkah yang diambil untuk mengakhiri musim ini, ia tidak akan dapat memuaskan hati semua pihak. Akan ada ruang untuk dipersoalkan.
Tanpa mengambil kira hal keadilan, Opta telah menggunakan kaedah yang digunakan oleh L’Equipe untuk mencari cara terbaik menentukan kedudukan liga.
Jika baki saingan tidak lagi dimainkan selepas ini, maka sistem ini dipercayai yang terbaik boleh digunakan.
Bagaimana ianya dilakukan?
Kaedah ini menggunakan data yang dikumpul melalui perlawanan yang telah dilalui setakat ini. Ia mengambil kira jika dua kelab telah bertemu satu sama lain sebanyak dua kali, yang akan memberikan mata berbeza. Jika dua pasukan hanya telah bertemu sekali, maka keputusan tersebut dianggap kekal.
Kaedah ini juga tampil dengan pungutan mata berbeza untuk variasi keputusan berbeza, seperti di bawah:
- Dua kemenangan VS lawan yang sama: 3 mata
- Satu menang, satu seri VS lawan yang sama: 2 mata
- Satu menang, satu kalah VS lawan yang sama: 1.5 mata
- Dua kali seri VS lawan yang sama: 1 mata
- Satu seri, satu kalah VS lawan yang sama: 0.5 mata
- Dua kekalahan VS lawan yang sama: 0 mata
Berikut pula hasil kiraan mata yang baru selepas menggunakan sistem kiraan mata seperti di atas.
Le titre de champion de France du PSG 2019-2020 en chiffres https://t.co/daIEiOdu4M pic.twitter.com/13ZlwfOThG
— L'ÉQUIPE (@lequipe) April 30, 2020
Kedudukan akhir Liga Perdana Inggeris berdasarkan kiraan OPTA.
1. Liverpool – 109 (+90GD)
2. Manchester City – 79 (+74GD)
3. Leicester – 77 (+60GD)
4. Chelsea – 64 (+24GD)
————————————————–
5. Manchester United – 57 (+28GD)
6. Wolves – 56 (+14GD)
————————————————–
7. Sheffield United – 56 (+10GD)
8. Tottenham – 53 (+14GD)
9. Crystal Palace – 52 (-12GD)
10. Burnley – 50 (-12GD)
11. Newcastle – 50 (-32GD)
12. Arsenal – 48 (+8GD)
13. Southampton – 48 (-34GD)
14. Everton – 44 (-18GD)
15. West Ham – 40 (-30GD)
16. Brighton – 37 (-16GD)
17. Bournemouth – 36 (-36GD)
————————————————–
18. Aston Villa – 33 (-44GD)
19. Watford – 32 (-34GD)
20. Norwich – 28 (-54GD)
Rumusan
Berdasarkan kaedah ini, maka tiada keraguan lagi Liverpool berhak diberikan kejuaraan. Namun jika ‘sporting merit’ diambil kira, Manchester United dan Tottenham sah tidak akan bertanding di Champions League pada musim hadapan.
Kami tidak pasti sekiranya status Manchester City yang digantung oleh UEFA dari pertandingan eropah akan membuka laluan untuk pasukan di kedudukan kelima sebagai pengganti.
Berdasarkan kaedah ini, wajarkah saingan pada musim ini ditamatkan sahaja?