Imbas Kembali Kehebatan Omar Raiyan, ‘Wonder Kid’ Skuad B-19 Tahun Negara Yang Berkelana Di Belgrade’

Seramai 26 pemain di bawah usia 19 tahun telah dipanggil oleh Ketua Jurulatih, Hassan Sazali untuk menghadiri kem latihan pusat skuad B-19 negara semalam.

Pemain-pemain ini akan dipersiapkan untuk bertanding di Kejohanan Piala AFF B-19 yang akan berlangsung di Jakarta, Indonesia bermula  2 hingga 15 Julai dan seterusnya Kelayakan Piala Asia B-20 2023 bagi Kumpulan E di Ulaanbaatar, Mongolia pada September.

Perlawanan-perlawanan Kejuaraan B-19 AFF 2022 akan berlangsung di dua buah stadium iaitu Stadium Madya, GBK, Jakarta dan Stadium Patriot, Bekasi. Kumpulan A menampilkan tuan rumah Indonesia, Myanmar, Vietnam, Thailand, Brunei dan Filipina manakala Kumpulan B disertai Malaysia, Laos, Timor-Leste, Kemboja dan Singapura.

Tugasan lebih berat di Mongolia apabila pasukan negara diundi di dalam Kumpulan E, bersama-sama Republik Korea, Mongolia dan Sri Lanka.

Omar Raiyan turut tersenarai

Turut menarik perhatian pemerhati dan penyokong bola sepak tempatan ialah kehadiran Omar Raiyan Kama Azlan yang berada di dalam senarai 26 pemain yang dipanggil oleh Hassan Sazali.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Omar Azlan (@omarazlan19)

Omar menjadi satu-satunya pemain yang berpengkalan di luar negara di dalam senarai tersebut.

Sejauh manakah pengalaman Omar Raiyan mampu membantu skuad B-19 negara di dua pertandingan ini? Di manakah posisi beliau yang boleh dimanfaatkan oleh jurulatih.

Nama Omar sebenarnya bukan asing lagi apabila pernah mencipta sensasi tersendiri di luar negara. Tetapi mungkin tidak ramai yang mengenali siapakah sebenarnya pemain ini yang dianggap sebagai ‘wonder kid’ Malaysia dan kemampuannya dipandang begitu tinggi di bumi Belgrade.

Made in Belgrade

Omar menyertai disambar oleh Red Star Belgrade sejak usianya 15 tahun. Tidak ada siapa di Malaysia yang mengetahui mengenai bakat Omar, atau pun menyedari pemain ini bakal beraksi di Eropah pada ketika itu.

Omar hanya diketahui menyertai Red Star Belgrade selepas salah seorang pemgguna Twitter yang juga merupakan kenalan kepada ayahnya, @The7thKnight berkongsi salinan surat permohonan perpindahan pemain remaja itu ke kelab Serbia tersebut.

Walaupun sebelum ini Omar Raiyan dipercayai berpengkalan di Dubai, beliau dan ayahnya kini dipercayai menetap di Belgrade selepas mendapat tawaran tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Omar Azlan (@omarazlan19)

Kisah Omar dan kebolehannya pernah tular di media Malaysia beberapa tahun yang lalu, tetapi bukan kerana bola sepak.

Omar dikenali sebagai anak muda serba boleh, termasuk di dalam sukan renang, hebat bermain piano dan fasih di dalam empat bahasa termasuk Bahasa Malaysia. Beliau juga dianggap sebagai seorang genius matematik dan telah memenangi banyak Math Olympiads sejak sekolah rendah.

Kebolehan dan posisi Omar Raiyan

Kami kongsikan sedikit apa yang telah kami temui setakat ini, dan juga hasil perkongsian @The7thKnight di Twitter.

Berdasarkan video yang dikongsikan, Omar nyata mempunyai kaki kiri sebagai kaki yang dominan. Menurut @The7thKnight, Omar beraksi di bahagian kiri serangan.

Namun bersama Red Star Belgrade, beliau diletakkan dalam beberapa posisi berbeza oleh jurulatih kerana pemain ini masih di dalam aspek pembangunan.

Berdasarkan video dan perkongsian di atas, Omar mampu beraksi di posisi bek kiri, atau pun bek sayap dengan baik. Berdasarkan video pendek ini, Omar boleh dikatakan bijak membaca perlawanan dan gerakan pemain lawan.

Beraksi sebagai penyerang pula, pemain ini mempunyai sepakan kaki kiri yang deras.

Carian kami di media sosial turut menemukan video yang dirakam pada 2016 pada ketika Omar masih bersama sistem akademi bola sepak Manchester City. Omar berusia 9 tahun pada ketika itu.

Dan berdasarkan video tersebut, Omar disifatkan sebagai seorang pemain muda yang mempunyai teknik yang sangat baik. Beliau juga mempunyai kebolehan teknikal yang amat baik berbanding kanak-kanak pada usianya pada ketika itu.

Di bawah ini pula video penuh salah satu perlawanan membabitkan Omar bersama Red Star Belgrade. Anda boleh menyaksikan dan membuat penilaian sendiri akan keupayaan pemain muda ini.

Selama ini tidak boleh beraksi bersama skuad senior Red Star Belgrade kerana peraturan FIFA di dalam Artikel 19 yang melindungi pemain di bawah umur dieksplotasi. Berusia 17 tahun, hanya masa akan menjadi penghalang buat Omar beraksi di liga utama Serbia sekiranya berjaya mengekalkan prestasi dan momentum sedia ada.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Omar Azlan (@omarazlan19)

Sejak beberapa tahun lalu, Omar pernah memohon pengecualian daripada FIFA untuk membenarkannya melakukan debut profesional lebih awal bersama skuad senior Red Star Belgrade, namun dinafikan oleh badan induk bola sepak dunia itu.

Omar turut menyatakan minat beliau untuk menyarung jersi pasukan kebangsaan pada masa hadapan.

Dan kini impian itu bakal direalisasikan apabila beliau mendapat panggilan untuk memperkuatkan skuad B-19 negara.

Kongsi artikel ini