Imbas Kembali Antara 10 Gol Terhebat David Beckham Bersama Man United

Siapa yang tidak kenal akan legenda bola sepak Inggeris, David Beckham. Sebutkan sahaja nama Beckham, perkara pertama yang mungkin akan kita bayangkan adalah kehebatan pemain itu menyempurnakan sepakan percuma.

Sepanjang kariernya, Beckham pernah beraksi bersama Manchester United, Preston North End, Real Madrid, Milan, Los Angeles Galaxy, dan Paris Saint-Germain.

Beliau juga merupakan pemain Inggeris pertama yang memenangi kejuaraan di empat negara bersama kelab-kelab tersebut.

Bersama England, Beckham membuat penampilan sulungnya bersama skuad The Three Lions pada 1 September 1996, ketika berumur 21 tahun.

Beliau menjadi kapten pasukan negaranya selama enam tahun, dan tampil dalam  115 perlawanan. Antara kejohanan di mana Beckham tampil bersama England  Piala Dunia FIFA (1998, 2002 dan 2006) dan dua kejohanan Piala Eropah UEFA (2000 dan 2004).

Beckham sememangnya terkenal dengan kebolehannya menyempurnakan sepakan percuma. Hantaran jauh nya juga sering kali tepat ke sasaran.

Malah sepanjang kariernya terutama bersama Manchester United, beliau turut pernah menjaringkan beberapa jaringan jarak jauh yang menakjubkan.

Antara sepakan percuma yang paling dingati daripada Beckham adalah ketika menjaringkan gol kemenangan England ke atas Greece yang melayakkan mereka ke Piala Dunia 2002 yang berlangsung di Korea Selatan dan Jepun.

Walaupun berkelana ke beberapa pasukan dan tidak pernah kembali ke Old Trafford sebagai pemain setelah menyertai Real Madrid, kelab Manchester itu sentiasa istimewa pada Beckham.

“Selepas saya pergi, saya tak sanggup menonton perlawanan Man United. Saya masih terkejut dan tergamam kerana kami baru sahaja menang liga ketika itu.” kata Beckham yang seperti tidak percaya apabila Sir Alex memutuskan untuk menjual beliau ke Real.

Ayuh saksikan antara 10 jaringan David Beckham yang memukau ketika beliau bersama Manchester United.

Kongsi artikel ini