Imbas Kembali Detik Sejarah Malaysia Rangkul Kegemilangan Piala Thomas 1992

Di manakah anda ketika pasukan badminton negara kali terakhir menjulang Piala Thomas pada 1992?

Demam Piala Thomas di dalam negara pada ketika itu amat luar biasa sekali. Dinspirasikan dengan kejayaan skuad negara di pertandingan tersebut, semua aktiviti sukan petang hari digantikan dengan sukan badminton.

Sejarah pertandingan

Piala Thomas diilhamkan oleh Sir George Alan Thomas, bekas pemain terkenal dunia England pada era 1900an. Ia diilhamkan oleh Thomas sempena penganjuran Piala Davis (tennis) dan kejohanan Piala Dunia (bola sepak) yang dianjurkan buat pertama kali pada 1930.

Kerana itulah ia diibaratkan seperti Piala Dunia bagi sukan badminton. Selepas beberapa penangguhan penganjuran – termasuk kerana Perang Dunia II – Piala Thomas akhirnya dianjurkan buat pertama kali pada 1949 di Prston, England.

Malaysia yang tampil sebagai Malaya pada ketika itu muncul juara dalam pertandingan yang diadakan antara tiga negara mewakili benua Eropah, Pasifik, dan Pan Amerika pada ketika itu.

Dua lagi kejohanan seterusnya pada 1952 dan 1955 turut menyaksikan dominasi pasukan negara, sebelum Indonesia tampil sebagai kuasa besar dunia dalam acara badminton.

Malaysia turut memenangi pertandingan tersebut pada 1967. Lebih manis, skuad badminton negara pada ketika itu menewaskan Indonesia di arena mereka sendiri.

Sepanjang penganjuran, kejohanan ini turut menyaksikan perubahan format pertandingan dan jumlah negara bertanding sehingga memerlukan pusingan kelayakan.

Piala Thomas 1992

Kali terakhir Malaysia muncul juara Piala Thomas ialah pada 1992 di Stadium Negara, Kuala Lumpur. Kehangatan menentang pasukan Indonesia di perlawanan akhir pada ketika itu tidak pernah pudar dari ingatan.

Begitu juga setiap kali berlangsungnya Kejohanan Badminton Piala Thomas, setiap kali itulah aura dan semangat 1992 meresap kembali.

Pada 16 Mei 1992, Piala Thomas berjaya dirangkul oleh Malaysia selepas menundukkan Indonesia, 3-2.

Pasukan Malaysia pada kertika itu terdiri daripada Rashid Sidek, Foo Kok Keong, Kwan Yoke Meng, dan dua pasangan beregu Razif Sidek-Jalani Sidek serta Cheah Soon Kit-Soo Beng Kiang.

Hari ini nama-nama ini ibarat legenda hidup sukan badminton negara.

Kejayaan tersebut diraih sekaligus menamatkan 25 tahun penantian selepas kali terakhir Malaysia bergelar juara pada tahun 1967.

Bagi yang membesar pada era itu, lirik lagu ‘Fikirkan Boleh’ yang menjadi lagu tema perjuangan pasukan pasti masih meniti di bibir anda setiap kali kejohanan Piala Thomas tiba.

Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu

Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan

Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir…

Mengimbas kembali perlawanan tersebut, anak keluarga Allahyarham Datuk Sidek, iaitu Rashid sebagai perseorangan pertama berjaya menewaskan pemain handalan Indonesia, Ardy Bernardus Wiranata ( 15–11, 10–15, 15–8).

Namuabang-abangnya, pasangan beregu Jailani dan Razif tewas mengejut kepada pasangan Indonesia Eddy Hartono dan Rudy Gunawan ( 9-15, 15-9, 3-15 ).

Perlawananan beregu kedua antara Soon Kit dan Beng Kiang menentang Rexy Manaiky dan Ricky Subagja berjaya memberikan mata kemenangan buat negara apabila mereka menang dengan mata 15-12, 10-15, 15-8.

Kedudukan 3-1 itu sekaligus melayakkan Malaysia bergelar juara Piala Thomas.

Penutup

Berdasarkan perancanga awal, kejohanan Piala Thomas seterusnya akan di dianjurkan Aarhus, Denmark pada 16hb sehingga 24hb Mei 2020.

Namun disebabkan penularan wabak coronavirus, besar kemungkinan ia tidak akan berlaku. Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada hari ini melalui satu kenyataan berkata satu pertemuan akan diadakan dalam masa terdekat untuk menentukan perubahan tarikh kejohanan,

Harapan kita pastinya tersandar kepada pemain perseorangan negara seperti Lee Zi Jia dan juga pasangan beregu Aaron Chia/ Soh Wooi Yik untuk membawa pulang Piala Thomas ke bumi Malaysia selepas 28 tahun.

Kembalikan semangat “Fikirkan Boleh, Malaysia Boleh!”

Kongsi artikel ini