Melihat pemain muda di dalam kesebelasan utama pasukan di EPL bukanlah sesuatu yang baru. Kita sudah melihat bagaimana pemain seperti Nasri pernah menjadi rebutan Manchester City selepas dibangunkan di Arsenal.
Di sini kita boleh nantikan kemunculan pemain muda seperti Illan Mesler mereka pada minggu ini selepas habis perlawanan antarabangsa.
Dia sering dibandingkan dengan penjaga gol Real Madrid,Thibaut Curtois namun beberapa pendapat menyatakan corak permainan ini menyamai Ederson dan Marc-Andre ter Stegen. Leeds United FC bermain dengan corak penguasaan bola yang pantas menuntut penjaga gol ini supaya lebih banyak menggunakan kaki dan tangannya.
Menariknya beliau sudah terlibat dengan binaan serangan sebanyak 3 kali berturut-turut yang menghasilkan gol.
Ini terjadi dalam perlawanan menentang Fulham yang mana keputusan akhir berkesudahahan Leeds United FC 4-3 Fulham.
Beliau memperolehi peluang ini selepas musim lepas beliau menggadikan rakan di gawangnya Kiko Casilla yang mendapat hukuman tidak boleh bermain untuk 8 perlawanan.
Bukan itu sahaja beliau juga mencatatkan 7 cleansheet daripada 10 perlawanan yang dikawal oleh beliau meletakkan Leicester City FC di kedudukan pertama dengan jurang 10 mata.
Ini adalah sesuatu yang sangat membanggakan bagi pemain muda berasal daripada Perancis ini.